Tuesday, May 5, 2009

KETERTIPUAN MELEBIHI HAD KENYAL

Aku percaya dalam kita menjalin apa jenis perhubungan pun dengan seekor homosapiens, terbina suatu level2 privacy. benda yang perlu dikongsi, boleh dikongsi dan benda yang tak perlu tahu pun.



Ramai memberitahu aku yang aku punya hati kering, bukan spesies Cik Nab. Tapi dalam hati aku yang kering, kadang2 kalau letak baja, tumbuh taman juge. Hehehe. Jadi, jangan la gelak bila aku demam atau aku menangis berjurai2 air mata sebab aku pun ade hempedu, arteri dan ginjal macam kalian semua. aku bukan Bicentannial Man tau tak. *sedangkan Bicentannial Man pun ada hati nak kahwin apa sume*



Ramai juga yang tahu bahawa aku cukup pantang kalau orang berkomplot nak tipu aku. Depan cerita berdegar-degar, membara sehangat api (ingat tak kumpulan X-Factor- KAU MEMBARA!!!). Tiba2 belakang berpusing 360 darjah sampai berguling. Ini satu bentuk hipokrasi yang aku tak boleh langsung bertoleransi. Kenapa harus begitu? Tak rasa penat ke nak fikir cara terbaik untuk mereka cerita yang paling bernas untuk memperdaya aku?

Sebab aku tengok kau dah tergagap, berpeluh2 dahi aku dah tau dah kau tipu.



Kalau mahu menipu sila ambil Ijazah Sarjana Muda Ketertipuan di UPM (Universiti Penipu Malaysia)-- Tiada Kaitan.





Regards,



Shadadoowapbedoop