Monday, July 27, 2009

I am having a huge crush on Qushairie Razali.



Dan yang seumpama dengannya.....

Sunday, July 26, 2009

penemuan baru sebelum ulangtahun ke 23

Tik
Tok
Tik
Tok

Waktu sedang berlalu perlahan. Dalam masa beberapa jam lagi aku akan mencecah usia 23 tahun but yet masih banyak yang aku belum capai dalam usia sematang ini. Matang ke? huhu.
*Matlamat yang aku gebang2 kan dalam entry yang lepas tak dapat dicapai lagi kerana bulan ini abang ku yang berbadan udang tidak ke Ameghika *baca dgn loghat Kelantan*. Trying my luck in Singapore though. We'll see how its going*

Actually, birthdays are not that exciting anymore. Kenapa eh? Mungkin aku sekarang memakai PJs dan sedang berpeluh2 kerana demam aku mula kebah. *bukan sebab aku seorang yang subur seperti Ms. P yang selalu berpeluh tangannya. Tak sabar tengok anak2 kau yang diramalkan satu pasukan bola tuh.*

Kerja aku makin mencecah had kenyal pada spring kebosanan aku. Mungkin sebab konsep duduk di dalam kuliah from 9 to 5 adalah konsep yang dah tak rasional pada aku yang semakin matang ni. ehem..ehem..ehem..

Aku discover sesuatu dalam diri walaupun pekerjaan aku sangat membantutkan minda buat 6 bulan yang pertama. *4 months to go. Oh jarum panjang..bergerak la cepat*

Aku boleh hasilkan ini:






Amazing kan? Aku gunakan skill lakonan aku yang aku asah ketika English Drama Contest di Matrikulasi Changlun dulu dengan berlagak seperti menulis nota ketika waktu kuliah tetapi padahal aku menghasilkan ini:


Orang2 ada mencadangkan aku mengambil kelas menjahit untuk merelisasikan so called "rekaan" aku ni tapi kena mengambil kira masa dan tahap kerajinan aku buat ketika ini. Thats not such a bad idea though.


Takziah buat Ms P yang telah putus kasih secara muktamad dengan buah hati pengarang jantung beliau yang kini bergelar "bekas". Aku simpati kerana this break up didn't do her any good. Just keep holding on to your dignity Ms. P. You'll be alright. Didn't I just said that you've got charm. Lotsa charms... Satu pergi sepuluh mari..hehehe.

Mr J *for Jealousy* ada cuba menghubungi aku ketika aku sedang nyenyak tidur untuk menyiasat kegiatan gelap Ms. P. Konon nak korek sesuatu dari aku la tu. Nasib baik aku mengangkat telefon dengan menutup mata dan menjawab " Dah pukul berapa ni?" kepada soalan beliau yang aku tak ingat ape bende ntah. Your secret is save with me honey. Even when I'm sleep-talking. huhuhu...Kalau aku tidak berada dalam keadaan separa sedar aku mungkin akan memberi sesi kaunselling kepada Mr. J.

Mr. J,

Sila grow-up! and good luck in finding pengganti kepada Ms. P yang boleh bertahan dengan anda selama 4 tahun lebih. Susah senang bersama, Kena maki hamun, tapi TETAP! bersama. And now, kamu akhiri relationship kamu over a night out she had with a bunch of friends. STRICTLY FRIENDS.

Jauhkan aku dari lelaki yang belum akal baligh seperti ini. Aminn..

Monday, July 13, 2009

Ever wonder why I treated u differently?
Coz' we started off pretty bad.

Let's start all over again.

Hai. Nama saya Shada.

Kamu pula?

Tuesday, July 7, 2009

Bila nama kamu dot dot dot

Bila kita menambah zuriat, adalah penting untuk zuriat itu di beri nama yang baik untuk kebahagiaan dia di masa hadapan. Kamu pasti ingat zaman sekolah rendah atau sekolah menengah bawah, pasti ada sahaja yang tak kena dengan nama seseorang tu.
Aku bagi contoh, kalau nama kamu Shikin, org akan ejek kamu Shikinzir= species mutant seekor swine. Kalau nama kamu Shadatul, tiba2 kamu dipanggil Dettol la, Shuttle la (sebab bila laju2, mereka cuma sebut Shatul). Itu belum lagi nama bapa kamu.

Aku beri beberapa contoh nama2 yang tak mahu diberikan pada anak kamu nanti.

1. Nama: Tan Bee Seng
Rasional: Bila anak kamu dalam kelas yang ditinggalkan tidak bercikgu, amat mustahil la kalau kelas tersebut duduk di tempat masing2 dan membaca. Lebih2 lagi sekolah rendah, tabiat tidur dalam kelas belum popular lagi, jadi masing2 pasti tengah main lawan pemadam, main tanah liat ke, atau main kejar2. Katakan la cikgu dari kelas sebelah masuk, dan bertanya:

"Siapa bising?"

Anak kamu akan berasa serba salah untuk tidak mengangkat tangan. Takpun budak2 kelas anak kamu akan mendajal anak kamu sambil ramai2 berkata:

"Tan bising!"
"Tan bising!"
"Tan bising!"

2. Nama: L**** a/k Loser
Rasional: Agak jelas di sini, tidak kisah la berapa kali pun anak kamu menang apa2 pertandingan, anak kamu akan sentiasa di label "anak loser".Kalau sekolah tu baik sikit, mungkin mereka akan berkata "Semua org pemenang, tiada yang pengalah". Salahkan bapa kamu dalam kes ini dan sebelum berkahwin, sila tukar nama kamu kepada nama yang lebih bermotivasi seperti Winner ke, Success ke, Courage ke.

3. Nama: Kogilah a/p R*****
Rasional: Miss Pika kata, kalau kita cakap satu kenyataan yang kosong seperti "Pika Gila", sebanyak lebih dari 40 kali, ia akan bertukar menjadi doa. Jadi, kalau nama anak kamu adalah seperti di atas, seumur hidup dia orang doakan dia jadi gila. Lebih buruk lagi jika seseorang itu mahu memastikan nama anak kamu. Beliau pasti akan bertanya:

"Kogilah ke?"-----> "Ko gila ke?"

Jadi, amatlah penting untuk memberikan nama yang terbaik kepada anak kamu. Jadilah ibu bapa yang prihatin.

**Nama2 di atas adalah nama sebenar yang aku jumpa di dalam senarai nama sekumpulan manusia.
BMW tidak berbumbung punya dua roda sahaja dan 23 kali pandang nampak seperti Yamaha.

Buku matlamat

Aku ada dengar teori dari jutawan muda Encik Irfan Khairi yang mana kalau kamu ada matlamat, senaraikannya dalam sebuah buku dan hendaklah kamu berpegang teguh pada buku itu. Tujuannya supaya kamu akan lebih ingat pada matlamat itu maka kamu akan cuba untuk mencapainya.

Aku ada tulis matlamat untuk menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam 3 bulan sejak bila aku tak pasti. Sejak azali mungkin. Tapi matlamat ni selalunya akan aku ingat bila aku terlompat2 untuk masuk kan kaki ke dalam sehelai Slim-Cut Jeans.

Jadi aku nak tetapkan matlamat yang lebih mudah dari yang di atas. Aku mau ini bulan depan:
.
.
.
.
.
.
.
.


Nike Dunk High Cut Snake Skin

Kena ambil perkhidmatan abangku yang berbadan udang untuk mendapatkan harga pasaran yang lebih memuaskan nafsu!

Sunday, July 5, 2009

SEBASTIAN atau Mr. Krabb

Jika kamu mempunyai torso yang kecil tapi bercita2 besar untuk mempunyai badan seperti ini.
.
.
.
.
.
.
Apabila melihat kamu, aku akan terbayangkan udang. Ya, udang/lobster.


Badan besar kepala kecik macam UDANG. Tidak menarik langsung.
Ananda Krishnan is so rich that he is buying Newcastle????