Sunday, November 9, 2008

Serangan cupid dan saleh yang tak ingin diingat

Aku di panah Cupid.
Bodoh punya Cupid.
Saja je bagi suasana hindustan pada aku supaya aku betul2 sakit di panah Cupid.
Bodoh punya Cupid.
Macam mana aku nak padam memori direnung tajam oleh si mata biru.
Bodoh punya Cupid.
Aku nak beristighfar sejuta kali untuk format memori otak aku ttg kejadian malam tu.
Cupid bodoh atau aku yang bodoh?

Kejadian bermula di suatu malam yang gila. Tengah aku terkinja2, aku terpandang seorang Saleh yang baru sampai dengan rakan2 yang aku rasa bini2 mereka semua sedang enak tidur seorang diri atau mungkin bertemankan gigolo di sebelah.

Tiada niat apa2 cuma memang tabiat aku suka memandang gelagat org.
Aku pandang Saleh, Saleh pandang aku.
Tiba2 lagu Y.M.C.A berkumandang.
Aku terkedu lalu mengangkat sebelah kening.
Saleh ternampak itu lalu membuat muka "awat hang sedih semacam dengaq lagu ni?"
Aku tergelak. Kemudian, sambung terkinja2.

Aku pandang Saleh. Saleh pandang aku sampai la malam yang gila tu hampir berakhir.
Kali terakhir aku pandang, Saleh tiada di situ. Mungkin Saleh dah balik.
Aku menoleh ke kiri untuk bercakap dengan Miss D tiba2 ternampak jembalang blonde di belakang aku.
Aku toleh.
UIKS???
Saleh kat belakang aku?

Ah, sudah. Gelabah aku. Miss D cakap dengan aku pun tak dapat tangkap dah.
Miss D pelik, dia pun toleh. Pandang aku dan buat muka "Lantak Lan Botak, Lan Makan taik Katak"
Miss D pun rasa patut kami pergi dari situ.

Tiba2 tangan aku di sahut oleh Saleh, macam nak kata "Sabaq sat, Cheq nak habaq Sket"
Tapi aku tak dengar sepatah haram perkataan terpacul dari mulut dia.
Dia cuma senyap sambil pegang tangan aku dan merenung tajam ke dalam mata aku.

Saat itu, aku terkejut + terberhenti jantung sesaat + tergelabah dan macam2 lagi ter yang ada di muka bumi..
Aku senyum, angkat tangan dan angkat kaki. Bajet Sopan nya orang Melayu.
Miss D dan yang lain telah berjaya membahankan aku sepanjang minggu ni.

Bodoh betul.


What I wear: Black Skinny, Checkered Shirt (Uniform Tadika kata Malik), Black Pumps, Hair Tie.

Regards,
Shadadoowapbedoop

Saturday, November 8, 2008

karat dan tak larat

Blog ini dah agak berkarat.
Otak aku juga gagal berkembang dan berkarat akibat berada di kawasan berhawa dingin melebihi 10 jam sehari.
Kulit mula merekah dan muka mula kering dan menampakkan garis2 halus.

Tidak!!!!!!.

tanda2 penuaan.

aku tua sebelum usia?

aku baru 16 tahun tau!

#!*$^%*%!

What I wear: Black Skinny, Ruffled Collar Black Blouse, Knitted Bolero (worn as scarf) and OVERSized Bag (Ms. D's Bday Present.)

Regards,
Shadadoowapbedoop

Evolusi kegemaran dan kebencian

Taste and preference seseorang manusia ber evolusi seiring dengan usianya. Dari muzik yang kita dengar sampai lah ke majalah yang kita baca. Masa aku sekolah dulu aku tak pernah miss beli Galaxie sampai kakak aku panas tengok bersusun-susun atas meja. Sebab aku suka Galaxie adalah kerana ada lirik lagu. Maklum saja lah dulu akses ke Internet agak payah.

Bila aku dah ke kolej, aku dah berduit (walaupun PTPTN, tapi alang2 dah pinjam gunakan saja untuk apa2 pun) mula membaca Cleo dan Cosmopolitan. Sebabnya, aku sudah mula suka pada fesyen, gaya dan trend ketika ini. Tambah pula rakan2 aku ada yang masuk halaman Make-Over dan laman2 iklan majalah ini. Disebabkan aku kepoh, jadi harus la aku beli.

Bila aku dah kerja, jarang2 sekali aku membeli majalah sebab selalunya aku cuma layari Internet dan blog2 fesyen yang aku link di blog aku ni. Sebab aku mengamalkan konsep yang sama dengan membaca buku. Aku suka baca tapi aku tak suka simpan sebab bilik aku kecil kaki perseginya. Baik aku beli buku pelajaran. Uiceh!

Tapi sejak aku ternampak OXYGEN di kedai runcit mamak di tempat kerja, rasanya aku dah ternoda lalu mengakibatkan pembaziran. (RM5 senaskhah. Ya, aku kemut al bakhil) Isk. Isk. Isk. Tambah lagi ketemu dengan NYLON yang selalunya aku lihat di Myspace sahaja. Tapi, memiliki senaskhah NYLON lebih memuaskan nafsu berbelanja aku.

OXYGEN: OCT / SEPT 08




NYLON: MAC 08


p/s: Seperti biasa nafsu vs. aku dalam pusingan ke- 1008, aku kalah.

Regards,
Shadadoowapbedoop