Tuesday, June 25, 2013

Krisis Hujung Usia

Jika bagi mereka yang verangan2 tak terima kenyataan nak masuk ke usia 40 an, kita panggil Krisis pertengahan usia. Yang ini lebih kronik. Lebih buruk ghopenye.

Boleh dilihat dikalangan mereka yang berada di pusat poco-poco, karaoke terbuka yang sentiasa open the floor untuk lagu2 60an. Jika budak2 bercinta itu menjelakkan mata, yang dihujung usia pula beri perasaan loya. Loya bukan kerana apa, mereka pantas menggelapkan latar belakang hidup mereka dan cuma nampak adinda/kekanda yang dicinta.

Itu kalau yang bercinta, ada pula yang jenis dahagakan perhatian. Tak mahu kalah perhatian dengan anak menantu. Yang dia cuma ingat sakit pening, sedih dan penat dia sahaja. Disebabkan pesakit selalunya berada di hujung usia, mereka ni selalunya terdiri daripada mak bapak kita juga. Jadi bila ditegur, mereka kerap menggunakan kad "aku-mak-ko, ke-neraka-ko-nanti"

Mangsa bukan sahaja dikalangan menantu, malah darah daging sendiri pun kena lagi teruk. Aku tak berani nak cakap lebih. Sebab kita semua bakal sampai ke hujung usia. Kita tak dapat janji macam mana reaksi kita bila krisis begini menjelma.

Tapi apa yang pasti, sebagai mangsa aku tau perasaannya bila kita let emotion rules. Ilmu agama pasti banyak membantu untuk menangkis krisis ni, yang sah2la didorong oleh syaitoooonnn....tapi, kalau setakat ke ke kelas agama, cuma pada nama, dan cuma menangkap pesanan secara selektif, takde maknanye juga.

Serupa macam kita solat cuma kerana kita mahu berdoa dihujungnya. Ikhlasnya dipersoalkan. Allah dah mencipta kita, maka asas solat adalah untuk membalas jasaNya atas peluang hidup di bumi yang juga ciptaanNya. Ucap syukur untuk semua yang Dia pinjamkan. Ya, apa pun usia kamu, banyak benda dalam hidup kamu, yang boleh dipanjatkan syukur, sebelum kamu memohon kehendak lain dari Pencipta mu.

Manusia perlu berlaku adil sesama manusia, tak kira apa pun darjat dan dimana kamu dalam hierarchy keluarga. Jika kamu mahu dihormati, hormati juga perasaan orang lain.