Tuesday, October 4, 2011

YIPPEE-YEAY-YEAY

Lebih kurang seminggu lepas adalah ulangtahun yang ke-2.
Kata orang, kalau dah 2 tahun bersama, warna sebenar memang keluar melimpah ruah.
Berikut adalah fakta menarik/ warna sebenar Mr. Bung.

  1. Beliau suka dan boleh makan. Itu memang dah terpancar sejak aku mula kenal beliau lagi. Kalau anda bukan seorang yang sabar, jangan biarkan dia order ayam bahagian tulang. sebab anda akan melihat tulang2 itu berderai menjadi segmen2 yang paling mikro pernah anda lihat.
  2. Lepas makan, beliau suka dan boleh tidur. Beliau adalah seorang yang pemarah bila dalam lena. Mengejut beliau boleh dimasukkan dalam cabaran Amazing Race pada masa akan datang. Memang mencabar
  3. Beliau bangga dengan gigi beliau yang rata, bila ada acara camwhoring, beliau akan senyum ketatkan bibir dengan beberapa batang gigi terkeluar. Itu adalah pose beliau yang paling fotogenik. Katanya lah.
  4. Semua PATI, tak kira asal dan rupa, beliau gelar sebagai MAHDON.
  5. Beliau minat K-Pop, and he believes that he can move like Super Junior. Oh-boy-he-can. o___0

All-in-all he's the most interesting person i've ever been with, he treats me right, he treats my mom right. Aku boleh bercerita tentang dia sepanjang malam, sebab saya sudah kaki di atas tumit (head over heels) jatuh cinta sama Mr. Bung.

Happy 2nd Anniversary untuk kamu!

DILEMA MENCARI SEPATU NAN SATU


Hadoi...Hadoi...Hadoi...

Perit juga liku2 seorang yang seperti aku bila kena mencari sepatu.
ngeks.ngeks.

Nak beli online yang diimport dari China/ Taiwan/ Korea rasa macam aku tak dapat mengekalkan sentimen aku yang unik...ya. memang aku berlagak unik.Hahaha.

Aku suka gilak Badgley Mischka kat dalam DSW tu tapi harga dia memang tak layak letak di kaki. Kalau convert kat catering aku, sure dapat 40 orang lagi punya makanan. So, aku nampak ada Lulu Townsend ni, nampak menarik, tertarik dan takla Da Bomb sangat...
Tapi dapat la jugak nak maintain unik.

courtesy of DSW.com
Sudah ku khabarkan titah raja sehari aku kepada Molly yang kini di Chicago Bumi Berangin (risau kat dia berjalan2 di Windy City, sebab dia tu dah la selalu jatuh). Beliau balas dengan jawapan yang tak "firm". Aku yang cuma ada 68 hari saja lagi dari "hari-yang-tersebut" tak mampu menerima jawapan yang tak pasti. 

Maka beralih kepada plan B. Abang berbadan udang. Walaupun kena tahan sikit dengan komen2 nak "up" beliau kerana beliau dapat bergambar dengan Chris Martin "god-demmit"!!! 

Anyways, dia juga memberi jawapan yang tak pasti...so bagaimana sekarang si lembu coklat? - "so how now brown cow?"