Thursday, December 25, 2008

Real ke semua tu???

Aku mempunyai masa yang terhad untuk menonton TV apatah lagi memperbaharui isi blog aku ini. (akan aku pertimbangkan cadangan cik keypengz berkenaan dgn ubat karat itu.) Hujung2 tahun yang dipenuhi dengan cuti umum ini aku manfaatkan dengan menonton rancangan2 yang tidak bermanfaat iaitu rancangan realiti.

Masa aku di bangku sekolah aku selalu menonton sitcom sambil duduk di bangku rumah. Dan bila aku meningkat remaja pertengahan aku menjadi peminat ulung TV series dan rancangan realiti berbentuk pertandingan seperti ANTM, The Apprentice, The Amazing Race, The Mole, Project Runway dan Explorace.

Tapi bila aku di peringat remaja atasan (masih tak mahu mengaku matang atau dewasa), aku tak dapat mengikut apa bentuk TV series pun membuatkan there's less to talk about in general jadi aku mula rasa yang rancangan realiti boleh dijadikan hiburan yang mana aku boleh gelakkan betapa bodohnya perlakuan selebriti berkenaan.

Tapi (lagi) rancangan realiti ni mendatangkan manfaat yang besar kepada selebriti yang sama ada tidak pernah terkenal atau tidak terkenal lagi. Contohnya Keeping Up with Kardashians, aku tak pernah kenal siapa Kim Kardashians sehinggalah aku Google tentang beliau dan carian aku disudahi dengan sisipan video porno beliau bersama teman lelakinya dalam adegan bermain "bola besar".

Sebenarnya, rancangan-rancangan ini is a form of re branding imej selebriti berkenaan. Ya lah, kamu mesti akan rasa Snoop Dogg tidak mengambil dadah jenis suntikan kerana dalam Snoop Dogg Fatherhood beliau berlari-lari bapak keluar dari pusat akupuntur. Dari situ kita boleh simpulkan Snoop Dogg kurang risiko terkena HIV kerana beliau mangambil ganja dan heroin sahaja.

Kamu mungkin berasakan betapa baik hati nya adik beradik Kardashian yang membawa pulang homeless people ke rumah untuk dimandikan dan diberi rawatan membuang karat gigi percuma walaupun yang berkarat adalah lebih dari gigi. Dari situ kita boleh simpulkan adik beradik Kardashian lebih BESAR dari yang kita boleh lihat dengan mata kasar. Mereka mempunyai hati yang besar.

Kalau kehidupan aku ditukar kepada rancangan realiti aku rasa lokasi yang boleh diibaratkan sebagai Central Perk dalam Friends adalah Restoran A-Malik kerana hampir setiap hujung minggu kami di situ dan Gunther ialah Encik Malik sendiri yang secara kebetulan minat pada Idayu yang akan menjadi Rachel yang mana masalah terbesar beliau adalah menjadi terlalu cantik. Teraju utama mestilah Pika dan Mad yang boleh diibaratkan seperti Heidi dan Spencer dalam The Hills. Farah seperti Phoebe dalam Friends kerana tangan beliau suka terayun-ayun ketika bercakap.Ciputat boleh la jadi Joey sebab ada sedikit pengotor lebih2 lagi dalam bab-bab melepaskan angin kumuhan. Aku pula ibarat Chandler. Tiada sebab, aku cuma suka Chandler Bing.



What I Wear: Sweater Dress, Scarf, ankle Boots, black socks, Chain, Messenger Bag

Regards,

Shadadoowapbedoop