Showing posts with label soseh soseh kosong. Show all posts
Showing posts with label soseh soseh kosong. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Antara Sedar dan Separa Sedar


Pernahkah kamu berbuat sesuatu diluar kawalan minda kamu. Haih. Tak pasti aku sama ada tindakan ini di luar minda atau sekadar aku yang tak punya iman yang teguh lantas berbuat juga sesuatu di luar harapan aku.

Sebagai contoh,

Tindakan separa sedar 1:

aku bercerita tentang di Sarawak, baki badan manusia yang di baham buaya di jumpai di tebing sungai. Mayat itu cuma tinggal dari leher hingga ke paras bawah pinggang tanpa sebelah tangan. The minute, jasad itu ditemui, si isteri sahkan bahawa si mati itu adalah suaminya. “lelaki berseluar ketat“ tiba2 tersenyum lalu bertanya, kalau mayat itu tanpa kepala, macam mana si isteri cam itu suaminya?
Selepas itu beliau tergelak sendiri dengan teori bahawa si isteri cam sesuatu cuma si isteri saja yang tahu. Di luar sedar kami telah mentertawakan sebuah kematian yang agak tragis. Tapi still, memang kelakar pun.  Ces, sungguh tak sensitif.

Tindakan Separa Sedar 2:

Memang satu tabiat aku, bila berjalan beramai2 aku suka berada jauh di hadapan dari crowd yang bersama aku ketika itu.Ya, memang aku gila kuasa. Biarkan aku dengan kegilaan aku.  Ada satu masa di universiti dulu, selepas habis kelas di makmal computer, aku pun berjalan “menonong”di hadapan dengan tergelak terbahak ke atas lawak kawan aku pasal apa aku pun tak ingat.
Di luar sedar aku, aku menolak ganas sebuah pintu memikirkan untuk ke staircase. Dalam 0.5 detik, aku ternampak beberapa lelaki sedang berdiri mengadap dinding sebelum aku lepaskan pintu itu tertutup sendiri, dan aku berjalan terus diam terkedu.
Aku terbuka toilet lelaki. Maaf.

Tindakan Separa sedar 3:

Dalam aku mahu berjimat untuk mencapai pelbagai impian yang dirancang di masa depan, aku nekad untuk tidak berbelanja in the near future. Aku memberanikan diri untuk join satu gerakan untuk make over seekor Frankenstein.
Misi untuk mencari kemeja yang betul fit dengan tubuh petak beliau. Misi kami terpesong ke satu departmental store, dan di luar sedar aku telah membeli 3 pasang kasut sekali gus.
Aku dan nafsu membeli memang selalu kalah.
Susah kalau apa yang aku cuba untuk hentikan atau tidak berbuat lagi tanpa ada anasir luar yang “memaksa” aku berbuat kesilapan lagi. I need the whole universe to work with me and I’ll be a good girl that your mama gonna love. Aku kena tampal kata2 motivasi di dahilah. Mungkin berbunyi seperti,

“AKU TAK NAK, TAK MAHU DAN TAKKAN BUAT LAGI”

“BELI BILA PERLU LAH WEI!” <-- HTC Desire HD adalah keperluankan?

“SAYA DAPAT RASAKAN WANG SEMAKIN DEKAT DENGAN SAYA”<-- Di curi dari sesi motivasi 
“Mari menjadi Jutawan dalam 100 hari”.
:)


Saturday, December 25, 2010

Menjengkelkan Maksimus

You know what annoys me the most?
When u order a plate of Char Kuey Teow,
3/4 of the portions are TAUGEH.

Pffft!

Sunday, July 26, 2009

penemuan baru sebelum ulangtahun ke 23

Tik
Tok
Tik
Tok

Waktu sedang berlalu perlahan. Dalam masa beberapa jam lagi aku akan mencecah usia 23 tahun but yet masih banyak yang aku belum capai dalam usia sematang ini. Matang ke? huhu.
*Matlamat yang aku gebang2 kan dalam entry yang lepas tak dapat dicapai lagi kerana bulan ini abang ku yang berbadan udang tidak ke Ameghika *baca dgn loghat Kelantan*. Trying my luck in Singapore though. We'll see how its going*

Actually, birthdays are not that exciting anymore. Kenapa eh? Mungkin aku sekarang memakai PJs dan sedang berpeluh2 kerana demam aku mula kebah. *bukan sebab aku seorang yang subur seperti Ms. P yang selalu berpeluh tangannya. Tak sabar tengok anak2 kau yang diramalkan satu pasukan bola tuh.*

Kerja aku makin mencecah had kenyal pada spring kebosanan aku. Mungkin sebab konsep duduk di dalam kuliah from 9 to 5 adalah konsep yang dah tak rasional pada aku yang semakin matang ni. ehem..ehem..ehem..

Aku discover sesuatu dalam diri walaupun pekerjaan aku sangat membantutkan minda buat 6 bulan yang pertama. *4 months to go. Oh jarum panjang..bergerak la cepat*

Aku boleh hasilkan ini:






Amazing kan? Aku gunakan skill lakonan aku yang aku asah ketika English Drama Contest di Matrikulasi Changlun dulu dengan berlagak seperti menulis nota ketika waktu kuliah tetapi padahal aku menghasilkan ini:


Orang2 ada mencadangkan aku mengambil kelas menjahit untuk merelisasikan so called "rekaan" aku ni tapi kena mengambil kira masa dan tahap kerajinan aku buat ketika ini. Thats not such a bad idea though.


Takziah buat Ms P yang telah putus kasih secara muktamad dengan buah hati pengarang jantung beliau yang kini bergelar "bekas". Aku simpati kerana this break up didn't do her any good. Just keep holding on to your dignity Ms. P. You'll be alright. Didn't I just said that you've got charm. Lotsa charms... Satu pergi sepuluh mari..hehehe.

Mr J *for Jealousy* ada cuba menghubungi aku ketika aku sedang nyenyak tidur untuk menyiasat kegiatan gelap Ms. P. Konon nak korek sesuatu dari aku la tu. Nasib baik aku mengangkat telefon dengan menutup mata dan menjawab " Dah pukul berapa ni?" kepada soalan beliau yang aku tak ingat ape bende ntah. Your secret is save with me honey. Even when I'm sleep-talking. huhuhu...Kalau aku tidak berada dalam keadaan separa sedar aku mungkin akan memberi sesi kaunselling kepada Mr. J.

Mr. J,

Sila grow-up! and good luck in finding pengganti kepada Ms. P yang boleh bertahan dengan anda selama 4 tahun lebih. Susah senang bersama, Kena maki hamun, tapi TETAP! bersama. And now, kamu akhiri relationship kamu over a night out she had with a bunch of friends. STRICTLY FRIENDS.

Jauhkan aku dari lelaki yang belum akal baligh seperti ini. Aminn..

Tuesday, July 7, 2009

BMW tidak berbumbung punya dua roda sahaja dan 23 kali pandang nampak seperti Yamaha.

Buku matlamat

Aku ada dengar teori dari jutawan muda Encik Irfan Khairi yang mana kalau kamu ada matlamat, senaraikannya dalam sebuah buku dan hendaklah kamu berpegang teguh pada buku itu. Tujuannya supaya kamu akan lebih ingat pada matlamat itu maka kamu akan cuba untuk mencapainya.

Aku ada tulis matlamat untuk menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam 3 bulan sejak bila aku tak pasti. Sejak azali mungkin. Tapi matlamat ni selalunya akan aku ingat bila aku terlompat2 untuk masuk kan kaki ke dalam sehelai Slim-Cut Jeans.

Jadi aku nak tetapkan matlamat yang lebih mudah dari yang di atas. Aku mau ini bulan depan:
.
.
.
.
.
.
.
.


Nike Dunk High Cut Snake Skin

Kena ambil perkhidmatan abangku yang berbadan udang untuk mendapatkan harga pasaran yang lebih memuaskan nafsu!

Monday, June 22, 2009

rongga sempit seekor homosapien

Aneh kan macam mana seekor homosapien boleh membuat tanggapan pertama terhadap seekor homosapien yang lain dgn brutal nya.

Aku beri contoh Adam Lambert. Walau sehebat mana pun keupayaan vokal dia, biarpun dia boleh menyanyi sambil menggulung lidah sekalipun, sebab dia gay dia tak layak menang American Idol yang mana konsepnya adalah untuk mencari penyanyi hebat.

Takpun kalau kamu selalu balik lewat malam, ada pula jiran yang datang bertanya "Hari ni tak keje ke?" pada malam Sabtu. *agak2 kamu pekerjaan apa yang dia fikir aku buat malam Sabtu*

Pada aku apa saja tindakan yang aku ambil dalam hidup aku selalunya tidak berkaitan dengan kebahagiaan orang lain melainkan diri aku sendiri atau kadang kala kebahagian Cik Rosnah yang tersayang. Dengan itu aku tidak punya tanggungjawab untuk menjelaskan kepada mana2 homosapien pun kenapa aku taknak keluar hujung minggu lepas, sebab memang tiada sebab yang signifikan. aku cuma tak mahu keluar. noktah!
dan aku tak perlu jelaskan kepada sesiapa:

  • kenapa aku memutuskan untuk membawa BMW tidak berbumbung ke tempat kerja.
  • kenapa aku tak pernah cuba merokok.
  • kenapa aku susah nak memberi komitmen kepada hubungan berlainan jenis.
  • kenapa hidup aku sangat kurang benda yang harus difikirkan.
  • kenapa kadang kala aku akan merayap di Kota seorang diri.
  • kenapa aku suka order makanan yang orang tak biasa makan.
  • kenapa aku gelak sangat kuat dan gah dan besar dan melampau
  • dll
Bak kata Ms. P: "Selagi ko tak bagi aku cekik, ko boleh gi m*****"



What I Wear: DIY Cut-Out Shirt, Skinny Pants, Fedora, Flip Flop and Kipas Cap Udang!

Regards
Shadadoowapbedoop

Tuesday, January 27, 2009

nasihat dari nico

" Aku Nico nak bercerita,
Cerita Rapper muda di Kota"

Ingat lagi tak anda pada Nico?
Tak? Melayu mudah lupa.
Meh sini aku ingat kan.
http://www.youtube.com/watch?v=ydVE-RqxLdo&feature=channel_page

Aku (bukan Nico) nak bercerita yang aku memang amat elergi dengan manusia atau yang sewaktu dengannya yang mempunyai sifat2 berlagak dalam apa segi sekalipun. Berlagak pandai ke, Berlagak kaya ke, Berlagak baik ke, Berlagak cool ke.

Aku nak kongsi dengan kamu remarks yang pernah ditujukan kepada aku mahupun kepada orang lain berserta komen dan pemakian aku mengenainya:

1) "Cik Ton, amik lah t-shirt Welcome to Siam ni kasi anak ko, kalau nak bagi cucu aku memang tak pakai t-shirt macam ni. Diorg pakai baju branded aje...."

Komen/ Pemakian: Ini konsep, memberi sambil mengata. Alah memberi menang mengata.

2) "Kau tak payah la nak celen (challenge) aku punye biskut, aku belajar bayar $5000 tau."

Komen/ Pemakian: Makcik, biskut tu bila masuk perut kuar ikut bontot jadi TAAAAA?....IK... pandai...

3) "Bila kau dah senior, ko kena pakai jam Tag Heuer. Harga kena RM3000"

Komen/ Pemakian: WANNABE!!!

4) "Maar..Maar..hang tak rasa ka muka aku macam Rani Mukherjee? Takpun Ella?"

Komen/ Pemakian: Yang ini aku nak maki pun tak sampai hati.*gelak guling-guling*

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi demi menjaga sensitiviti org terdekat aku rasa aku simpan dalam hati saja.

Sebenarnya, berlagak ini cuma akan jelas menampakkan belangnya bila seseorang itu di peringkat awal merasa kesenangan. Malu untuk aku katakan ia lebih ketara di kalangan orang Melayu. Sampaikan pergi haji 3 kali pun nak pukul canang.

Sebagai makhluk yang humble dan kaya budi pekerti (seperti dinyatakan di entri yang lepas), aku cuma mampu senyum dan mengutuk di dalam hati atau mungkin mengumpat dengan kakak aku sebaik sahaja sampai di rumah.

Sejujurnya, kau cakaplah kat aku yang kau baru balik bercuti di Europe ke, beg LV kau harga RM2000 ke, sebesar kuman pun aku tak dengki. menyampah lagi ada.

Sekurang2nya aku ke bazar ramadhan tak pakai knee length boot dgn tudung ala Bienda.

"Mengapa kamu, mengapa kamu begitu" <----Backup voice lagu Nico.

Thursday, January 8, 2009

carutan ke 4008

Beauty is in the eyes of the beholder.
Blog ini bukanlah berbentuk peribadi. Ia hanya laman aku mangarut dan merapu dan bercerita tentang karutan.
Walaupun aku tempekkan gambar2 sendiri tapi tidak terlintas ingin menempa nama dengan menjual muka atau sebagainya.
Aku sedar secara umumnya apa yang dikongsi pada umum tak selalunya dipersetujui setiap golongan.

Aku didatangi seorang pengunjung yang meninggalkan komen yang berbaur...erk... aku kurang pasti baur apa, kamu nilai sendiri.



"awak tak lawa la. tak yah tayang muka. belajar tinggi2 dulu baru boleh tayang muka dan DUIT sekali.

no offence.

sesekali ada komentar begini apa salahnya kan?

jujur tapi benar"

Pertama sekali, aku adalah pemegang ijazah sarjana muda sains aktuari. Suka untuk aku ingatkan bahawa aktuari adalah profesion yang kedua terbaik di dunia untuk tahun 2009. Walaupun aku belajar tak sampai ke negeri China, tapi tak lah setakat SPM sahaja.

The Best Jobs

  • Mathematician
  • Actuary
  • Statistician
  • Biologist
  • Software Engineer
  • Computer Systems Analyst
  • Historian
  • Sociologist
  • Industrial Designer
  • Accountant
  • Economist
  • Philosopher
  • Physicist
  • Parole Officer
  • Meteorologist
  • Medical Laboratory Technician
  • Paralegal Assistant
  • Computer Programmer
  • Motion Picture Editor
  • Astronomer
Ihsan daripada http://cbs4.com/4yourmoney/best.worst.jobs.2.901875.html

Keduanya, aku memang tak kaya, walaupun aku kaya budi pekerti, aku faham itu hanya kaya dari segi istilah. Apa2 pun, sila cik Anonymous terangkan macam mana aku nak tayangkan duit dalam blog? sedangkan blog ni aku buka pun percuma, dan yang mengunjunginya juga percuma. Dari aku tayang duit aku dalam bentuk gambar, baik aku tayang muka aku. Lagipun, siapa kata aku tak lawa?
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
.


Manis tu ada la kan? kan? kan?

Kau nak blog tayang duit, buat sendiri.

Regards,

Shadadoowapbedoop

Thursday, December 25, 2008

Real ke semua tu???

Aku mempunyai masa yang terhad untuk menonton TV apatah lagi memperbaharui isi blog aku ini. (akan aku pertimbangkan cadangan cik keypengz berkenaan dgn ubat karat itu.) Hujung2 tahun yang dipenuhi dengan cuti umum ini aku manfaatkan dengan menonton rancangan2 yang tidak bermanfaat iaitu rancangan realiti.

Masa aku di bangku sekolah aku selalu menonton sitcom sambil duduk di bangku rumah. Dan bila aku meningkat remaja pertengahan aku menjadi peminat ulung TV series dan rancangan realiti berbentuk pertandingan seperti ANTM, The Apprentice, The Amazing Race, The Mole, Project Runway dan Explorace.

Tapi bila aku di peringat remaja atasan (masih tak mahu mengaku matang atau dewasa), aku tak dapat mengikut apa bentuk TV series pun membuatkan there's less to talk about in general jadi aku mula rasa yang rancangan realiti boleh dijadikan hiburan yang mana aku boleh gelakkan betapa bodohnya perlakuan selebriti berkenaan.

Tapi (lagi) rancangan realiti ni mendatangkan manfaat yang besar kepada selebriti yang sama ada tidak pernah terkenal atau tidak terkenal lagi. Contohnya Keeping Up with Kardashians, aku tak pernah kenal siapa Kim Kardashians sehinggalah aku Google tentang beliau dan carian aku disudahi dengan sisipan video porno beliau bersama teman lelakinya dalam adegan bermain "bola besar".

Sebenarnya, rancangan-rancangan ini is a form of re branding imej selebriti berkenaan. Ya lah, kamu mesti akan rasa Snoop Dogg tidak mengambil dadah jenis suntikan kerana dalam Snoop Dogg Fatherhood beliau berlari-lari bapak keluar dari pusat akupuntur. Dari situ kita boleh simpulkan Snoop Dogg kurang risiko terkena HIV kerana beliau mangambil ganja dan heroin sahaja.

Kamu mungkin berasakan betapa baik hati nya adik beradik Kardashian yang membawa pulang homeless people ke rumah untuk dimandikan dan diberi rawatan membuang karat gigi percuma walaupun yang berkarat adalah lebih dari gigi. Dari situ kita boleh simpulkan adik beradik Kardashian lebih BESAR dari yang kita boleh lihat dengan mata kasar. Mereka mempunyai hati yang besar.

Kalau kehidupan aku ditukar kepada rancangan realiti aku rasa lokasi yang boleh diibaratkan sebagai Central Perk dalam Friends adalah Restoran A-Malik kerana hampir setiap hujung minggu kami di situ dan Gunther ialah Encik Malik sendiri yang secara kebetulan minat pada Idayu yang akan menjadi Rachel yang mana masalah terbesar beliau adalah menjadi terlalu cantik. Teraju utama mestilah Pika dan Mad yang boleh diibaratkan seperti Heidi dan Spencer dalam The Hills. Farah seperti Phoebe dalam Friends kerana tangan beliau suka terayun-ayun ketika bercakap.Ciputat boleh la jadi Joey sebab ada sedikit pengotor lebih2 lagi dalam bab-bab melepaskan angin kumuhan. Aku pula ibarat Chandler. Tiada sebab, aku cuma suka Chandler Bing.



What I Wear: Sweater Dress, Scarf, ankle Boots, black socks, Chain, Messenger Bag

Regards,

Shadadoowapbedoop