Wednesday, January 28, 2009

entri sangap

hai sorang je?

leh ngurat?


*nyit..nyit..nyit --->kenyitan mata yang tak dpt didgr dgn telinga kasar*
"Lawa beg!" <---- pick up line aku terhadap abang Palapes yang lalu di depan bilik asrama aku masa part 1 dulu. *dia cuma membawa beg UiTM percuma yang petak tu saja sebenarnya.*



Tuesday, January 27, 2009

bila aku dah tak sporting

Law & Order:
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
2. DON’T change your clothes, DON’T fix your hair.. just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with the picture.
5. Tag 10 people to do this:


Kepada dua org yang telah mengetag aku yang menuntut aku menempek gambar. Aku faham melalui entri yang lepas korang mengharapkan mimik muka yang lebih extreme.



Maaf.



Itulah mimik muka yang paling extreme yang aku boleh kongsi dengan umum.

Lebih dari itu, korang kena bayar. Gambar itu mungkin lebih mahal daripada gambar anak2 Brangelina.

nasihat dari nico

" Aku Nico nak bercerita,
Cerita Rapper muda di Kota"

Ingat lagi tak anda pada Nico?
Tak? Melayu mudah lupa.
Meh sini aku ingat kan.
http://www.youtube.com/watch?v=ydVE-RqxLdo&feature=channel_page

Aku (bukan Nico) nak bercerita yang aku memang amat elergi dengan manusia atau yang sewaktu dengannya yang mempunyai sifat2 berlagak dalam apa segi sekalipun. Berlagak pandai ke, Berlagak kaya ke, Berlagak baik ke, Berlagak cool ke.

Aku nak kongsi dengan kamu remarks yang pernah ditujukan kepada aku mahupun kepada orang lain berserta komen dan pemakian aku mengenainya:

1) "Cik Ton, amik lah t-shirt Welcome to Siam ni kasi anak ko, kalau nak bagi cucu aku memang tak pakai t-shirt macam ni. Diorg pakai baju branded aje...."

Komen/ Pemakian: Ini konsep, memberi sambil mengata. Alah memberi menang mengata.

2) "Kau tak payah la nak celen (challenge) aku punye biskut, aku belajar bayar $5000 tau."

Komen/ Pemakian: Makcik, biskut tu bila masuk perut kuar ikut bontot jadi TAAAAA?....IK... pandai...

3) "Bila kau dah senior, ko kena pakai jam Tag Heuer. Harga kena RM3000"

Komen/ Pemakian: WANNABE!!!

4) "Maar..Maar..hang tak rasa ka muka aku macam Rani Mukherjee? Takpun Ella?"

Komen/ Pemakian: Yang ini aku nak maki pun tak sampai hati.*gelak guling-guling*

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi demi menjaga sensitiviti org terdekat aku rasa aku simpan dalam hati saja.

Sebenarnya, berlagak ini cuma akan jelas menampakkan belangnya bila seseorang itu di peringkat awal merasa kesenangan. Malu untuk aku katakan ia lebih ketara di kalangan orang Melayu. Sampaikan pergi haji 3 kali pun nak pukul canang.

Sebagai makhluk yang humble dan kaya budi pekerti (seperti dinyatakan di entri yang lepas), aku cuma mampu senyum dan mengutuk di dalam hati atau mungkin mengumpat dengan kakak aku sebaik sahaja sampai di rumah.

Sejujurnya, kau cakaplah kat aku yang kau baru balik bercuti di Europe ke, beg LV kau harga RM2000 ke, sebesar kuman pun aku tak dengki. menyampah lagi ada.

Sekurang2nya aku ke bazar ramadhan tak pakai knee length boot dgn tudung ala Bienda.

"Mengapa kamu, mengapa kamu begitu" <----Backup voice lagu Nico.

Thursday, January 8, 2009

carutan ke 4008

Beauty is in the eyes of the beholder.
Blog ini bukanlah berbentuk peribadi. Ia hanya laman aku mangarut dan merapu dan bercerita tentang karutan.
Walaupun aku tempekkan gambar2 sendiri tapi tidak terlintas ingin menempa nama dengan menjual muka atau sebagainya.
Aku sedar secara umumnya apa yang dikongsi pada umum tak selalunya dipersetujui setiap golongan.

Aku didatangi seorang pengunjung yang meninggalkan komen yang berbaur...erk... aku kurang pasti baur apa, kamu nilai sendiri.



"awak tak lawa la. tak yah tayang muka. belajar tinggi2 dulu baru boleh tayang muka dan DUIT sekali.

no offence.

sesekali ada komentar begini apa salahnya kan?

jujur tapi benar"

Pertama sekali, aku adalah pemegang ijazah sarjana muda sains aktuari. Suka untuk aku ingatkan bahawa aktuari adalah profesion yang kedua terbaik di dunia untuk tahun 2009. Walaupun aku belajar tak sampai ke negeri China, tapi tak lah setakat SPM sahaja.

The Best Jobs

  • Mathematician
  • Actuary
  • Statistician
  • Biologist
  • Software Engineer
  • Computer Systems Analyst
  • Historian
  • Sociologist
  • Industrial Designer
  • Accountant
  • Economist
  • Philosopher
  • Physicist
  • Parole Officer
  • Meteorologist
  • Medical Laboratory Technician
  • Paralegal Assistant
  • Computer Programmer
  • Motion Picture Editor
  • Astronomer
Ihsan daripada http://cbs4.com/4yourmoney/best.worst.jobs.2.901875.html

Keduanya, aku memang tak kaya, walaupun aku kaya budi pekerti, aku faham itu hanya kaya dari segi istilah. Apa2 pun, sila cik Anonymous terangkan macam mana aku nak tayangkan duit dalam blog? sedangkan blog ni aku buka pun percuma, dan yang mengunjunginya juga percuma. Dari aku tayang duit aku dalam bentuk gambar, baik aku tayang muka aku. Lagipun, siapa kata aku tak lawa?
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
.


Manis tu ada la kan? kan? kan?

Kau nak blog tayang duit, buat sendiri.

Regards,

Shadadoowapbedoop