Sunday, October 26, 2008

tafsir mimpi secara umum

Orang kata kalau kita mimpi sesuatu, akan terjadi sesuatu yang bercanggah dari mimpi tersebut




Jadi, kalau aku mimpi kahwin dengan Mawi,



Adakah bermakna aku akan berkahwin dengan Anuar Zain????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oh. Don't ruin it for me by claiming his gay or "bengkok". Marry me Anuar!!!!!!!!!! Let's get straight with me!!!!!!!!!!!!!

me!!!!!!!!!!!!!!

me!!!!!!!!!!!!!

hahahaha...

GEDEBOK!

*jatuh ke tanah dan sedar dari angan2 Minah Jenin*

Regards,

Shadadoowapbedoop

Tuesday, October 21, 2008

Apakah katak?

apakah katak? (what the frog!)


Feedjit aku memaparkan seorang rakyat singapura yang mendarat di sini dari google.


Beliau search for "janda tembam"??????????????????????


Entry aku yang lepas ada tertera janda. Tp TEMBAM????


*Bingung*

Monday, October 20, 2008

hari raya 2008

Mari tengok gegambar kami di Hari Raya 2008:
Bak kate abg ipar aku ini gambar raya paling POWERR!
*Serius, dia email aku begitu*
Ini rumah kakak aku. Kelihatan ialah abg aku yg ototnya makin membesar dan kepalanya makin mengecil, mak aku yang sedang rancak berskandal dgn Encik Adam, Kakak aku yang harus glamour dan over-the-top setiap tahun. Abg Ipar aku yang sgt excited di pagi raya, 2 anak buah aku yang cantik dan cuba teka yang mana adik PRAWN?
Ini pula gambar yang amat rare sebab kami berjaya membuat mak aku tersenyum semasa bergambar. Pada kebiasaannya, gambar mak aku selalu memberi statement "apahal ko skang?nak kene bunuh?!"
Dan ini, gambar aku dan kakak aku. Jangan tertipu dengan jambul kakak aku tu. Sebab hakikatnya aku lebih tinggi dari dia. Cubaan pertama mengerintingkan rambut oleh kakak aku tak berhasil sebab fringe dia seperti Abu Bakar Elah. Jadi terpaksa di tarik ke belakang. Peace kak! Jgn marah ha...

Sunday, October 19, 2008

Skandal Janda berhias

Mak aku jatuh cinta.
Dah lebih 10 tahun mak aku menjanda. Banyak la dugaan hidup mak aku harungi tanpa yang bernama suami di sisi.

Sebagai janda yang paling hot di kawasan rumah aku ni, mak aku sering didatangi oleh orang2 tua yang tak sedar diri dan isteri. Anak2 berderet tapi masih ada hati. Kalau abang2 polis tu jangan cakap lah kan.


Kali ini, hati mak aku bertaut pada lelaki yang lebih muda. Jauh lebih muda dari aku.
Tapi aku tak tahu nak react bagaimana. Lelaki tu boleh dikatakan telah menjadi penyeri rumah aku yang semakin sunyi kerana cuma tinggal 3 orang penghuni. Sejak lelaki ini hadir dalam hidup kami, mak aku tak habis2 berceritakan tentang beliau kepada org2. Lebih2 lagi ketika pergi beraya.

Cemburu aku dibuatnya.

Maka, jarak usia yang jauh membuatkan aku tak rela bermadu kasih sayang mak aku sendiri dengan lelaki itu. Sebab kecomelan lelaki itu membuatkan mak aku alpa yang dia masih ada anak bongsu yang lebih comel.

Silap2 hari bulan, aku pula yang jatuh cinta. Sebab lelaki itu COMEL!

Nah!

Aku perkenalkan yang namanya Encik Adam.

Penyeri baru rumah aku. Kamu nilai. Patut kah aku rasa cemburu atau jatuh cinta pada Encik Adam?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Senyuman yang bisa mencairkan hati mana2 wanita

Mata bundar yang menggoda


Awas! Encik Adam bakal menjadi Kasanova di kawasan2 berhampiran anda 15 tahun lagi

Regards,
Shadadoowapbedoop

mengembara ke selatan

Hujung minggu ini aku alami transisi hidup yang aneh.

Jumaat aku rasa hidup aku ada warna.

Malam tu ada parti kolam renang di rumah Mira. Parti kolam renang merangkap rumah terbuka hari raya. Berjumpa rakan2 lama, buku2 dan album2 lama yang dah berhabuk2 semua di singkap kembali diselangi hilai tawa beramai2. *Serius.... HILAI TAWA.sampai jiran tetangga jenguk2 di tingkap dan balkoni* Dari yang aku tak pernah borak masa di sekolah dulu sampai lah yang dulu memang suka gaduh dengan aku semua duduk satu meja dan berbual tanpa sengketa dan tanpa memilih bulu sebab masing2 pun bulu hitam. Tiada yang blonde.

Seronok bila ingat balik betapa kami semua sangat kebudak2an dahulunya. Segan pun ada juga. Segan tak terkira kalau sebut GNCG *maksud akronim ini sangat poyo. kami telah berjaya mengkomersialkan nama ini dikalangan cikgu disekolah. Malu ah!*

Segan tak terkira bila ingat kisah Amirah dan Zaleha.
Kepala kena ketuk dengan Pak Ya.
Diselamatkan dari lemas hanya selepas kena gelak selama 3 minit.
Macam2 lagi.

Highlight malam itu tentu saja kelibat Illyas dan Imtiyaz membuat aksi lelaki di kolam renang dalam majalah Mangga. hahahah...

Sabtu aku rasa hidup aku kelabu.

Bangun dari tidur, dikejutkan dengan mesej Nomi. Ajak ke rumah terbuka Nad. Walhal rumah Nad hanya akan dibuka pada esok hari. Dia silap. Terus tak nak pergi langsung.

Tengok TV. Nik mesej. "Dtg Tau."

Tepok dahi. Lupa hari ini rumah terbuka Nik. Sampai di sana aku rasa amat asing. Silap la aku pakai ini:




What I wear: Boy Shirt, Waist Belt, Legging, Patent Bag


Sebab semua yang datang pakai baju kurung. Tapi tak mengapa, bak kata Nik buat macam rumah sendiri. Duduk di dapur, makan sambil tengok TV. Tunggu kawan2 sekolah yang lain datang.

Hampa.

Kata Nik mereka hanya akan muncul jam 5-6 nanti. Perasaan asing makin tebal sebab tak kenal sesiapa melainkan Nik dan emaknya.

Aku beransur ke Taman Melawati.

Merayau.

Melilau.

Sikit lagi nak Meracau.

Menjenguk Idayu dan suasana dia bercinta dengan the boy next door. Hindustan sungguh.
Idayu goda aku dengan Sony Ericsson P1i.



Idayu nakal!

Disebabkan takut iman aku goyah dengan pujuk rayu Idayu, aku mengangkat kaki ke Pavilion.
Kemudian ke Sg Wang. Ke sebuah Record Store. Makan Ais krim. Kena baju.

SHIT!

Keluar dr Sg Wang, tiada hala tuju yang nyata. Duduk di depan Maybak sebab ramai org berkumpul di situ. Perasaan ingin tahu aku di bunuh dengan aksi budak2 terlompat yang tak extreme pun. Tambah pula direnung gatal oleh lelaki foreigner yang duduk berdekatan.

Angkat punggung. Jalan dari BB ke KLCC. Tak pernah aku buat kerja begini.
Jalan lenggang2. Pandang sana. Pandang sini.
Sampai KLCC rasa puas. Penat.

Dem. Terlupa kakak aku datang rumah malam ni.

Ahad aku rasa hidup aku silau.

Bangun pagi layan anak2 buah tercinta. Mereka pergi. Rumah sunyi kembali.
Lumpuhkan badan.
.
.
.
.
Lapar.
.
.
.
Busuk.
.
.
.
Pasang CD Duffy.
.
.
.
Tenang.

Nikmat hari bermalas2an.



Regards,
Shadadowapbedoop

Monday, October 13, 2008

ragam asam garam barambambam

Banyak orang banyak ragam.
Banyak ragam banyak asam.
Maka banyak lah asam garam.

Aku ke tempat kerja naik bas demi menyokong seruan kerajaan supaya berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kesesakan. *Ya lah sangat.*Sebenarnya I don't drive.hehehe

Macam2 orang kau boleh jumpa dalam bas ni. Setiap pagi ada saja seorang manusia akan jadi tumpuan aku sebab dia banyak ragam, meragam atau pun kurang asam.

Contohnya balik kerja semalam, konduktor bas wanita itu marah seorang perempuan cina sebab tak mahu duduk. Aku pandang muka cina tu dan membuat pandangan *Taknak duduk sudah* dan terus melabuhkan punggung ke tempat duduk tadi.

Si konduktor bas pun membuat kenyataan seperti ini:

"Org kasi duduk taknak. berdiri kan penat. nak turun jauh lagi. Pot Pet Pot Pet Pot Pet...Bla Bla"

Betapa prihatinnya konduktor bas tu kepada penumpangnya. Tak pernah aku jumpa orang macam ni.

Beberapa hari yang lalu. Aku bertaut pada satu tiang ni dalam bas sambil membaca buku. Tiba2 seorang Wanita "Parjo" tarik tangan aku dan terus sandar pada tiang tu. Kali ini aku membuat pandangan *What the Fuck was that?* Tapi sayang pandangan itu tak diendahkan olehnya mungkin sebab dia tak faham maksud * What the fuck was that?*
Patutnya aku buat pandangan *Ngapain kamu goblok?*

Dan pagi ini, aku nampak seorang lelaki tua berbangsa India duduk di depan aku tertidur mulut ternganga. Setiap 15 minit dia akan bangun ke pintu untuk membuang kahak mungkin. Membawa plastik yang penuh ubat2an. Mungkin nak ke hospital. Batuk yang bunyinya spt tak lepas dari dada. Kelihatan tenat, tapi masih memakai seragam kerja. Mungkin nak tempat kerja lepas pulang dari hospital. Mungkin sebab kalau tak kerja sehari apa yang anak2 nak makan malam nanti? Macam mana nak bayar sewa rumah bulan ini? Macam mana nak bayar klinik dan rawatan lanjutan?

Kali ini, aku buat pandangan menginsafkan.

--->>>Lama tak selitkan ruangan What I Wear. Tiada masa. Sibuk beraya. Habis raya Sibuk bekerja. Coming soon lah. Banyak yang nak dikongsikan.

Regards,

Shadadoowapbedoop

Monday, October 6, 2008

balik kampung yg tak berapa kampung


Raya aku balik kampung.
Kampung aku tak berapa nak kampung.
Jadi tak teruja sgt.

Kota Singa. Aummm!

Cik Rose lahir di Singapura kahwin dgn Pak Ali orang Malaysia.
Yang kakak aku pula, org Malaysia tapi kahwin dengan org Singapura.
Aku? org Malaysia kahwin dgn ...???

Di sana, ada ramai la juga saudara aku. Mak Long, Mak Ngah sampai lah ke Pak Busu semua masih ada. Alhamdulillah.
Nenek aku pun masih vogue dgn tongkat bergelang emas. Masih ada hati pakai kasut tinggi match dengan tongkat.

Aku ada 2 anak buah cantik2 belaka. Kata org anak kakak aku yang sulung muka macam Siti Nurhaliza. Dah besar nanti mesti dapat banglo jutaan ringgit. Pak Misai bagi. Haks!

Kanak2 Melayu di sana mempunyai penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Melayu yang agak rendah. Anak buah aku pun sama. Berumur 7 tahun.

Dalam perjalanan nak ke rumah Tok Muda, cramp bontot perjalanan yang agak jauh dari Jurong ke Tampines. Macam hujung Singapura ke hujung 1 lagi. Tambahan pula, kereta abg ipar aku tu memang dicipta khas hingga mampu memberikan urutan punggung pd kami semua. Keluar dari kereta bontot jd tegang. Amat berkesan!

Dlm perjalanan tu, anak buah aku yang sulong pun kuiz aku. Dia Sekolah madrasah.

Dia: Tahu tak mata in Arab?
Aku: ......
Dia: Ainun. Tahu tak kereta in Arab?
Aku: .....
Dia: Al-sayarah. Tahu tak pensil in Arab?
Aku: *excited* Al-qalam

Dan banyak lagi sebenarnya yang aku dah lupa. Lepas tu aku pun tanya balik.

Aku: Tahu tak apa tu bulu kening?
Dia: *Pandang aku sambil pegang hidung*
Aku: Astagha. Itu Bulu hidung la.
Dia: Oh.
Aku: Tahu tak apa tu Kentang? *Ketika ini kami sudah tiba di destinasi yang di tuju. Enjin kereta dimatikan. senyap*
Dia: PRAWN!

Ayah dia pun pandang belakang:

"Bagus Batrisyia, memang bagus jawapan tu. Keep up the good work."

Aku, Cik Rose dan Mama nya gelak terbahak2.

Kepada sepupu sepapat aku yang menjadikan blog aku bahan bacaan seisi keluarga di hari raya, harus aku nyatakan disini itu adalah pilihan yang kurang bijak. korang sangat nakal. terima kaseh.

Regards
Shadadoowapbedoop