Monday, October 13, 2008

ragam asam garam barambambam

Banyak orang banyak ragam.
Banyak ragam banyak asam.
Maka banyak lah asam garam.

Aku ke tempat kerja naik bas demi menyokong seruan kerajaan supaya berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kesesakan. *Ya lah sangat.*Sebenarnya I don't drive.hehehe

Macam2 orang kau boleh jumpa dalam bas ni. Setiap pagi ada saja seorang manusia akan jadi tumpuan aku sebab dia banyak ragam, meragam atau pun kurang asam.

Contohnya balik kerja semalam, konduktor bas wanita itu marah seorang perempuan cina sebab tak mahu duduk. Aku pandang muka cina tu dan membuat pandangan *Taknak duduk sudah* dan terus melabuhkan punggung ke tempat duduk tadi.

Si konduktor bas pun membuat kenyataan seperti ini:

"Org kasi duduk taknak. berdiri kan penat. nak turun jauh lagi. Pot Pet Pot Pet Pot Pet...Bla Bla"

Betapa prihatinnya konduktor bas tu kepada penumpangnya. Tak pernah aku jumpa orang macam ni.

Beberapa hari yang lalu. Aku bertaut pada satu tiang ni dalam bas sambil membaca buku. Tiba2 seorang Wanita "Parjo" tarik tangan aku dan terus sandar pada tiang tu. Kali ini aku membuat pandangan *What the Fuck was that?* Tapi sayang pandangan itu tak diendahkan olehnya mungkin sebab dia tak faham maksud * What the fuck was that?*
Patutnya aku buat pandangan *Ngapain kamu goblok?*

Dan pagi ini, aku nampak seorang lelaki tua berbangsa India duduk di depan aku tertidur mulut ternganga. Setiap 15 minit dia akan bangun ke pintu untuk membuang kahak mungkin. Membawa plastik yang penuh ubat2an. Mungkin nak ke hospital. Batuk yang bunyinya spt tak lepas dari dada. Kelihatan tenat, tapi masih memakai seragam kerja. Mungkin nak tempat kerja lepas pulang dari hospital. Mungkin sebab kalau tak kerja sehari apa yang anak2 nak makan malam nanti? Macam mana nak bayar sewa rumah bulan ini? Macam mana nak bayar klinik dan rawatan lanjutan?

Kali ini, aku buat pandangan menginsafkan.

--->>>Lama tak selitkan ruangan What I Wear. Tiada masa. Sibuk beraya. Habis raya Sibuk bekerja. Coming soon lah. Banyak yang nak dikongsikan.

Regards,

Shadadoowapbedoop

4 comments:

Dilla Y. said...

ye.byk org banyak ragam.
byk kenal org pun lagi byk ragam

weh..weekend jadi ke nk kuar?
sombong ko ngn aku skunk

fazilah aziz said...

barambambam?
tingat plak pd band baharambam anak2 pantai timur tu.hehe.

bungaditepijalan said...

bile gne public transport,mcm2 aksi leh tgk.
kdg2 klaka.
kdg2 menjelikkan.
:D

iwannagohome said...

nak lagi,,