Sunday, October 19, 2008

mengembara ke selatan

Hujung minggu ini aku alami transisi hidup yang aneh.

Jumaat aku rasa hidup aku ada warna.

Malam tu ada parti kolam renang di rumah Mira. Parti kolam renang merangkap rumah terbuka hari raya. Berjumpa rakan2 lama, buku2 dan album2 lama yang dah berhabuk2 semua di singkap kembali diselangi hilai tawa beramai2. *Serius.... HILAI TAWA.sampai jiran tetangga jenguk2 di tingkap dan balkoni* Dari yang aku tak pernah borak masa di sekolah dulu sampai lah yang dulu memang suka gaduh dengan aku semua duduk satu meja dan berbual tanpa sengketa dan tanpa memilih bulu sebab masing2 pun bulu hitam. Tiada yang blonde.

Seronok bila ingat balik betapa kami semua sangat kebudak2an dahulunya. Segan pun ada juga. Segan tak terkira kalau sebut GNCG *maksud akronim ini sangat poyo. kami telah berjaya mengkomersialkan nama ini dikalangan cikgu disekolah. Malu ah!*

Segan tak terkira bila ingat kisah Amirah dan Zaleha.
Kepala kena ketuk dengan Pak Ya.
Diselamatkan dari lemas hanya selepas kena gelak selama 3 minit.
Macam2 lagi.

Highlight malam itu tentu saja kelibat Illyas dan Imtiyaz membuat aksi lelaki di kolam renang dalam majalah Mangga. hahahah...

Sabtu aku rasa hidup aku kelabu.

Bangun dari tidur, dikejutkan dengan mesej Nomi. Ajak ke rumah terbuka Nad. Walhal rumah Nad hanya akan dibuka pada esok hari. Dia silap. Terus tak nak pergi langsung.

Tengok TV. Nik mesej. "Dtg Tau."

Tepok dahi. Lupa hari ini rumah terbuka Nik. Sampai di sana aku rasa amat asing. Silap la aku pakai ini:




What I wear: Boy Shirt, Waist Belt, Legging, Patent Bag


Sebab semua yang datang pakai baju kurung. Tapi tak mengapa, bak kata Nik buat macam rumah sendiri. Duduk di dapur, makan sambil tengok TV. Tunggu kawan2 sekolah yang lain datang.

Hampa.

Kata Nik mereka hanya akan muncul jam 5-6 nanti. Perasaan asing makin tebal sebab tak kenal sesiapa melainkan Nik dan emaknya.

Aku beransur ke Taman Melawati.

Merayau.

Melilau.

Sikit lagi nak Meracau.

Menjenguk Idayu dan suasana dia bercinta dengan the boy next door. Hindustan sungguh.
Idayu goda aku dengan Sony Ericsson P1i.



Idayu nakal!

Disebabkan takut iman aku goyah dengan pujuk rayu Idayu, aku mengangkat kaki ke Pavilion.
Kemudian ke Sg Wang. Ke sebuah Record Store. Makan Ais krim. Kena baju.

SHIT!

Keluar dr Sg Wang, tiada hala tuju yang nyata. Duduk di depan Maybak sebab ramai org berkumpul di situ. Perasaan ingin tahu aku di bunuh dengan aksi budak2 terlompat yang tak extreme pun. Tambah pula direnung gatal oleh lelaki foreigner yang duduk berdekatan.

Angkat punggung. Jalan dari BB ke KLCC. Tak pernah aku buat kerja begini.
Jalan lenggang2. Pandang sana. Pandang sini.
Sampai KLCC rasa puas. Penat.

Dem. Terlupa kakak aku datang rumah malam ni.

Ahad aku rasa hidup aku silau.

Bangun pagi layan anak2 buah tercinta. Mereka pergi. Rumah sunyi kembali.
Lumpuhkan badan.
.
.
.
.
Lapar.
.
.
.
Busuk.
.
.
.
Pasang CD Duffy.
.
.
.
Tenang.

Nikmat hari bermalas2an.



Regards,
Shadadowapbedoop

3 comments:

Dilla Y. said...

mengapakah tidak mengajak aku kuar?? huhu. oh tapi aku pun tidak dapat kalau ko ajak aku kuar..
tapi aku windu mau kuar bersama2 ngko..
uwaaa!!!
hhuhuhuhu
windu ko dow shadaaa
huhuhu

fazilah aziz said...

windu ko juga.hikhik.cik shada,jomla lepak2..

Anonymous said...

mari b'party lagi.. hakhhak..