Thursday, February 18, 2010

TAaaaaaa-BOO!!!

do you know what is the most taboo subject to me?

K-A-H-W-I-N

the K word can scares me to death.

Aku suka pergi kenduri kahwin sebab happy tengok rakan2 mengecapi bahagia tapi aku belum sedia untuk bahagia itu.
sebab bahagia itu datang dengan beban dan the other K word.

K-O-M-I-T-M-E-N

Sunday, February 7, 2010

Bebas berfikir bukan bebas kelakuan


“Budaya atau kebudayaan secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.” –sumber daripada Wikipedia.

Aku kenal budaya Melayu. Aku tahu tahap sensitiviti Melayu kerana aku anak Melayu. Apa batang pengukur kemelayuan kamu? Melayu-o-meter belum wujud lagi kot. Liberalisme orang Melayu selalu diperlekehkan. Kononnya, Melayu yang Liberal sebenarnya spesies yang mengagungkan budaya barat.

Kebaratan perlu ada untuk kita catch up with the world. Tapi sensitiviti Melayu harus terus dijaga. Itu yang Jepun amalkan. Macam mana kuat pun budaya Jepun dijaga, tetap ada lagu2 Jepun yang seperti lagu Justin Timberlake. Tapi orang Jepun tak gentar menjadi kreatif supaya dunia meletakkan mereka sebagai trend setter. Sebab itu ada Tokio Hotel di US.




Bila kamu tetapkan gelombang radio Inggeris pada kelima-lima punat radio di dalam kereta kamu tak bermaksud kamu tidak mendengar lagu Melayu. Aku dengar lagu klasik Melayu. Aku suka Ahmad Romzi, Ahmad Jais (favorite singer bapak aku nih) dan Orkes Nirwana. Saloma adalah vokalis tempatan yang paling jazzy pernah aku dengar. Aku tahu Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana adalah dua orang yang berbeza. Seorang kahwin dengan Pak Misai dan seorang lagi nyanyi lagu Bola-Bola Api. Aku tahu ada kumpulan Melayu bernama Spin, Spring, Scoin, Stings dan Straw. Tapi yang terbaik adalah Search!


Bila aku tak faham konsep pertunangan. Aku tak maksudkan pertunangan orang Melayu. Aku cuma tak faham “jangan keluar malam dan jaga diri elok2, awak tu dah tunang orang”. Once kau jadi tunangan orang kau dah jadi makhluk lain? Kau macam baru turun dari Planet Sentiasa Siang sebab kau tak boleh keluar malam2. Tunang tak kasi keluar kau kena ikut sebab kau tunang orang? Tunang tiada sijil kan? Arguement orang, bila tunang, 80% dah jadi milik si lelaki. Maksud?

Bergambar berpeluk secara kasual (nothing sexual, its like arm around ur waist or maybe on your shoulder kinda thing) kamu dikatakan kebaratan. Hujahnya adalah tak manis dipandang orang. Orang yang peluk tu Cina, kamu Melayu, jangan ikutkan sangat cara mereka. Kalau Melayu yang buat begitu apa pula hujahnya? Kalau boyfriend kamu yang buat begitu tak mengapa katanya sebab dia boyfriend kamu. Bukankah masih tak manis dipandang orang?

Kamu gelar kamu dan cara hidup kamu Melayu tapi hujah kamu selalu ada kelonggaran di antara orang Melayu. Adilkah begitu?

Friday, February 5, 2010

Mata besar pergi tak kembali

Tiada apa yang lebih sadis bila kornea aku telah expired dari pandangan. Mana pergi heading blog aku?

Pehh.

Lama sangat dah tak blogging ni. Hidup tak se”interesting” dulu atau lebih interesting dari dulu hingga aku tiada masa untuk luahkan di sini.

Aku sendiri tak pasti.

Kebelakangan ini jalan hidup aku banyak sangat cabang, Majlis Bandaraya Shada City belum lagi punya peruntukan nak pasang lampu isyarat untuk jalan2 ini. Lampu isyarat buat aku berfikir mahu terus, ke kiri, atau ke kanan bila sampai di persimpangan. Kurang kemungkinan bertembung malang dengan masalah.

Jadi, buat masa sekarang aku banyak merempuh jalan terus sebab itu yang paling mudah hingga terjumpa satu tembok. Tembok tu tak pernah aku usik. Tak pernah aku rasa pun diperbuat dari apa. Tapi sekarang tembok tu dah roboh.

Cuma, buat masa ini, ramai yang mempersoalkan apa yang ada di belakang tembok tu. Ramai yang bertanya kenapa aku begitu keen to know what is on the other side of the tembok. Walhal, yang mengenali aku, tak mungkin aku minat dengan orang begitu. Mungkin tiada yang pernah berusaha sebegitu keras menyeru aku pecahkan tembok tu. Yang lain give up cepat sangat. Tembok tu pun tebal sangat.

Aku temui teman. Teman hidup yang aku tak pasti. Aku salah tapi aku sedang cuba perbetulkan keadaan. Don’t messed with my brain lagi.