Friday, February 5, 2010

Mata besar pergi tak kembali

Tiada apa yang lebih sadis bila kornea aku telah expired dari pandangan. Mana pergi heading blog aku?

Pehh.

Lama sangat dah tak blogging ni. Hidup tak se”interesting” dulu atau lebih interesting dari dulu hingga aku tiada masa untuk luahkan di sini.

Aku sendiri tak pasti.

Kebelakangan ini jalan hidup aku banyak sangat cabang, Majlis Bandaraya Shada City belum lagi punya peruntukan nak pasang lampu isyarat untuk jalan2 ini. Lampu isyarat buat aku berfikir mahu terus, ke kiri, atau ke kanan bila sampai di persimpangan. Kurang kemungkinan bertembung malang dengan masalah.

Jadi, buat masa sekarang aku banyak merempuh jalan terus sebab itu yang paling mudah hingga terjumpa satu tembok. Tembok tu tak pernah aku usik. Tak pernah aku rasa pun diperbuat dari apa. Tapi sekarang tembok tu dah roboh.

Cuma, buat masa ini, ramai yang mempersoalkan apa yang ada di belakang tembok tu. Ramai yang bertanya kenapa aku begitu keen to know what is on the other side of the tembok. Walhal, yang mengenali aku, tak mungkin aku minat dengan orang begitu. Mungkin tiada yang pernah berusaha sebegitu keras menyeru aku pecahkan tembok tu. Yang lain give up cepat sangat. Tembok tu pun tebal sangat.

Aku temui teman. Teman hidup yang aku tak pasti. Aku salah tapi aku sedang cuba perbetulkan keadaan. Don’t messed with my brain lagi.

1 comment:

Anonymous said...

shadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! gosh rindu tulisan ko. huhuhu.
dgn tuan2 dia skali aku rindu bangett.. haha

yeahh. tembok dah roboh ye. takpe nnti bolebuat tangge pulak.errr. hahah~

-makkk.