Monday, September 22, 2008

Sep! aku jadi

1. 5 tabiat buruk ketika sekolah.

-tabiat buruk ialah "serong-menyerong" . aku penah menyerong dgn bijaknya di kelas sebelah sj. di sebabkan kelas tu tiada cikgu maka tak mungkinlah mereka duduk senyap membuat kerja sendiri di meja masing2. Sedang aku gelak2 di pintu belakang kelas itu, dtg Pn. Hazijah cikgu pendidikan seni mencekak pinggang di depan aku. Patutlah aku tak berseni orgnya.haks.

-lepak kat dewan serbaguna pastu bertepuk dlm bulatan.sj buat kecoh. amirah plg suka buat ni. hahaha.

-ikat belakang tudung org. tp mase form 1 je.

-memberi gelaran pd cikgu. Cikgu londeh. Cikgu Jenab. Si Ranggi.

-Bercakap mase assembly dan tak beratur di kelas sendiri sebab mahu bercakap dgn kwn2 sekepala shj.heh.

2. 3 subjek kegemaran

Disbbkan aku tak berseni orgnya maka aku sgt suka ilmu hisab. W/pun cikgu Matematik Tambahan agak kusut orgnya. Tp, amat memuaskan hati bila dpt menyelesaikan satu masalah aljabar.

Aku jg sukakan Kimia sbb aku suka lukis bulat2 molekul kemudian potong2 formula Kimia menjadi formula yg baru. Menjahanamkan brg2 makmal. Aku penah memecahkan tabung uji sbyk 5 kali dlm 1 eksperimen membuat bhn berwarna hijau mcm tahi Molly. *ini utk ko yg mengetag*haks.

Aku suka Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sbb kelas selalu batal.haks.


3. 3 subjek tak digemari

SENI:sbb sy tidak gemar akan Pn. Hazijah. huu

Biologi kerana Cikgu Aiza Suhaila suruh bedah lipas. Aku geli! Kemudian semasa mengajar topik persenyawaan beliau menggunakan perkataan "lanchap" krn marahkan Emir dan Petah yg buat2 tak faham pdhal selalu membuat gathering menonton porno dgn Pratap. *Fiksyen semata2. Tp mungkin ada kebenarannya*.

Kemahiran Hidup: Sebab aku aku tak perlu buktikan kemahiran aku dlm hidup ni dgn memasak, menjahit dan menukang kerana kebnyakan kerja tgn aku di hantar ke kedai utk mendptkan hasil yg lebih memuaskan. Tmbhn pula, ketika menjawab ujian subjek inilah aku tahu betapa amatur nya aku dan budak2 kelas aku dlm arena tiru meniru.



4. Menarik ttg aku

yg menarik ialah aku seorg yg lemah lembut dan berbudi pekerti. sgt menghormati org tua dan tidak pernah terlintas utk tidak membayar ganti rugi pintu pakcik cab yg telah aku rosakkan.

aku mempunyai suara yg gemersik dan lunak ketika bercakap. aku jg sgt tertib orgnya terutama sekali ketika aku gelak. ketawa sambil menutup mulut.

haks.


5. Used to love

-aku pernah menjadi peminat setia Mariah Carey semasa aku darjah 1 atas pengaruh kakak aku. Siap ada album beliau dr yg pertama sampai lah ke album Emancipation of Mimi. Kemudian minat makin menipis apabila bju beliau juga makin menipis.

-Aku pernah minat seorg budak nerd yg kini bakal menjadi doktor. Beliau aku gelar Jason Mraz sbb beliau suka senyum smbil berjln mcm VC Mr. Mraz yg The Remedy tuh. W/pon kedgran spt tak siuman tp kelihatan amat manis. Apa la khabar beliau kini.

-aku pernah sgt suka menyanyi sehingga memberanikan dri memasuki pertandingan chang-kala-oke. (karaoke in mandarin). Mng no. 3 ya tuan2 puan2. Hasil gandingan duet dgn Cik Shikin Kepeng. Lagu apa? Bunga2 Cinta by Misha Omar. agagaga..cannot go.

6. Takboleh hidup tanpa.
-Pn. Rosnah Bt Kassim. Beliau juga merasakan yg sama. Sweet sgt!
-Air panas yg tlh dibunuh. *Air panas mati*
-Internet.
-Musik
-Duit. *Bukan materialistik. Tp Realistik*

7. Telefon Siapa Sebelum Tidur.
-Telefon dunia. kerana dunia juga akan tidur bersama2 aku.

Mahu tag: Aku nk tag Tun M. kau rasa2 dia layan tak benda yg berfaedah ni? ahh tak kira. Sep! ko jd Tun M!


Tuesday, September 16, 2008

Bila Dada Lebih Penting

Permulaan hr yg tak tenang spt hr2 lain.
Lambat keluar dr rumah pg td kerana melayan Fieda mengumpat setelah selesai melafazkan niat puasa.
Dr Kornea Aku, aku cuma menceritakan berita sensasi pd beliau. Di beri update agar tidak ketinggalan bas. Bukanlah mengumpat namanya. Biar Tuhan tentukan. Hmm..

Sepatu tinggi jd pilihan bijak aku tatkala sudah lambat keluar. Maka, terkedek2 la aku berjalan mengejar waktu yg semakin jauh tinggalkan aku.
Sampai ke destinasi, sepatu haram ni telah tersangkut pd wide legged pant aku di tangga bas. Bersilat aku di tangga tu. Nasib baik kaki pjg, maka sempat berpijak di bumi yg nyata.


What I wear: wide legged- high waisted pant. White Shirt. Black pumps. Black bolero

Kualiti kamera sgt miskin because i bust my camera on the floor. Sdg tukar lens. Mahap


Sampai di pejabat tepat pd waktunya. Memulakan tugasan yg berkehendakkan aku menyerahkan sesuatu pd rkn sepejabat lelaki Cina. Sampai di mejanya, aku cuma letakkan apa yg patut diserahkan lalu berlalu pergi. Beliau panggil semula, sambil bercakap kepada dada aku.

Terlalu awal utk Oompa Loompa aku berkerja bg mentafsirkan apa sbnrnya yg dilihat. Beliau sdg menyampaikan sesuatu yg agak penting kpd dada aku. Mungkin beliau cemas bercakap memandang muka, maka lebih selesa bercakap dgn dada. Tp aku pula yg cemas sehingga tgn kanan mula terasa ringan utk dihayun pantas ke atas pipi tembam beliau.

Pulang ke kubikel ku, pelbagai imejan berlegar dlm kotak minda. Terlintas karakter "Fei Mao" yg suka mengenjut2 bahunya dan terasa dirinya comel. Walaupun cacat begitu, beliau masih boleh berlaku pervert kepada perempuan yg diminatinya.

Rupa "Fei Mao" adalah serupa dgn sang lelaki yg bercakap dgn dada. Cuma beliau normal dan tidak mengenjut2kan bahu. Aku cuma mampu cuba untuk memahami bahawa secara faktanya lebih 90% dr 24 jam sehari lelaki memikirkan seks dan yg sewaktu dgnnya. Bak kata seorg teman "Tgk la smpai lebam, bukan luak pun."

Tp, malu sehh... Di tgh2 pejabat tu, tak tau la mata mana lg yg memandang. Mak kau tiada dada ke? Kau yg gemuk tu pasti juga ada dada. plg kurang saiz 32B kot.

Teringat 1 ksh dr teman rapat ttg bos lelakinya yg mengaku pd slh seorang pekerja perempuan beliau yg dia TERmimpi menodai perempuan itu sbyk 4 kali. Si pekerja cuma mampu senyum berlagak tenang pdhal dlm hati terasa jijik memikirkan si bos terfikirkan beliau ketika sdg *tuuut* scr beregu mahupun scr solo. haishhhh! jauhkanlah.....

Oh ya. aku tak rela dijajah oleh pengkhianat. Itu sja. Dan petikan di bwh is very well said by Tun M.

"Young Malays, including professionals are said to have espoused liberalism and meritocracy. They question the need for affirmative action and the New Economic Policy. They believe that the Malays should compete with the other races. If they fail then they do not deserve the dominant role in the politics of Malaysia. They should accept non-Malay leadership of the country.
This view of the young Malays sounds refreshing. Unfortunately these liberal Malays are in a minority. "



Rgrds,
Shadadoowapbedoop

Sunday, September 14, 2008

empty.kosong.yilek

Ada saat hidup terlalu indah utk ditinggalkan.
Ada saat hidup terlalu kosong utk diteruskan.
Saat itu, hidup hny mampu di abadikan dlm gambar.
Tp, tak mampu diteruskan.



Lokasi:tingkap bilik. *mengendap anak teruna.*


Lokasi: Katil.*Lepas kemas bilik.Ambil feel new sheets*


Lokasi:Kolej Delima sem 6. *Roomate tiada.Kelas Batal. Mengadap thesis*

Tunggu saat indah.

Rgrds
Shadadoowapbedoop

Tuesday, September 9, 2008

buka tapak tgn. goyang2. Oompa Loompa, mari menari.

Musim Perperiksaan dtg lg.
Hrp statistik keputusan cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM hebat.
Melayu, this is the time to claim your rights.
Sila pastikan penyumbang terbesar keputusan cemerlang adalah Melayu.
Claim your rights only when you deserves it.

Sama saja spt merebut hak penjagaan anak.
Anak itu dah tentu2 dtg dr benih mrk maka hak mrk.
Tp, kenapa ada pihak yg tak berhak mendapat hak menjaga anak mrk sendiri?
Sbb mrk tak layak.

Jd, jgn pergi berarak bawa sepanduk di jln2 utama dan menyalakkan hak yg kau tak layak dapat kalau dah assignment kau pn tak siap, kelas pn kau tak dtg, keputusan kau cuma cukup2 makan.

Paham ye adik2 sekalian.
Good Luck!

Itu cerita lain.
Pg ni aku teringat soalan2 yg mencabar IQ dan mencabar keimanan aku.
Aku yakin anda juga pernah dikemukakan soalan2 yg jenis ini.
Kalau soalan2 ini ada dlm exam2 besar, pasti akan tercabar IQ anak bangsa.
Aku bg contoh.

Contoh 1:

Seorg adik sdg mengangkat kain di jemuran krn hujan dah turun. Lalu abgnya dtg membantu apabila cuma sehelai seluar sj yg tinggal utk diangkat. Lalu terpacul soalan mencabar IQ

"Bj ni dah basuh yek?"

Adik angkat kening sebelah dan jawab dgn selamba.

"Belum basuh. Sj jemur sblm basuh."

Abg menyepak manja punggung adiknya kerana malu akan kebodohan soalan td.


Contoh 2:

2 org menonton America's Next Top Model dgn tekun. Cuma kedgran suara TV. Lalu soalan mencabar IQ terpacul memecah kesunyian,

"Org Malaysia takleh masuk ke ha?"

Rkn senyap malas nk layan.

"Wei aku tny ko wat bodoh je?"

Rkn pndg utk pastikan beliau serius. Ya, beliau serius.

"Hmm."

*AMERICA'S Next Top Model kaaannnnnn....

Contoh 3:

Seorg rkn nk join rkn2nya yg lain ke gym buat kali pertama. Lalu menelefon rknnya utk mengesahkan rncgn mrk. Soalan mencabar IQ berbunyi spt berikut:

"Kena pakai sport shoes la kan?"

Rkn mula menyirap bandung kurg manis.

"Eh, takkan la pakai sport shoes. Pakai la kasut platform baru techno."

Gelak krn IQ tercabar.



Bg yg mengenali mungkin paham akan sifat semula jd aku yg cukup pantang IQ nya dicabar oleh persoalan begini. Apatah lg bila mrk sgt serius mahukan jwpn bg persoalan2 ini.

Aku boleh jwb soalan tu, tp Oompa Loompa yg menari dlm kotak minda akan menari dlm keadaan marah dan mula mengajak rkn2 tupainya menyerang otak aku lalu menyebabkan aku tergarang secara tak sengaja.

Aku tak garang. Salahkan Oompa Loompa dan rkn2 Tupainya.

p/s: Kisah Oompa Loompa dan rkn2 tupai adlh adaptasi Charlie & the Chocolate Factory.

Monday, September 8, 2008

evolusi bj raya

Cuti ry aku 9 hari.
Sila jgn menyimpan hasad dengki jika anda sdg puasa.
Sila makan hati dan jealous lah kamu jika kamu tak berpuasa.

Cuti ry lama. Saudara cuma seciput hendaknya.
Upacara ziarah menziarah boleh habis dlm sehari sj sbnrnya.
Tp atas permasalahan rumah tangga dan toleransi yg perlu diambil kira, mungkin ry ke-2atau ke-3 barulah selesai upacara tersebut.

Terpaksa lah aku sediakan 3 pasang bj ry. *terpaksa kah?*
Woi.aku belum beli bj ry woi!
Tempahan sudah ditutup sejak Julai lg tahu tak?
Nampak di situ ke"batak"an org KL kerana menempah bj 5-6 bulan sblm ry.
Kalau di timpa kemalangan lalu tak sempat nk pakai macam mana ye? Wallahualam.
Ya, aku jahat mulut.

Maka kenalah aku berjalan2 cr pasal di PKNS kah, SACC kah, Medan MARA kah, Masjid India kah atau Sunway Pyramid kah utk mencari pasang2 bj ry yg menarik sedikit. eh silap. menarik banyak.

Kalau lah sempat menempah skrg, teringin utk menciplak rekaan Bernard Chandran utk di tempah di tailor abg lembut.


Terfikir juga utk mengambil rekaan Elisa Jimenez peserta Project Runway 4 utk Sarah Jessica Parker/Bitten. Anda patut lihat dress hijau itu tanpa cape kelabu tersebut. Saaaangat comel. Tak dapat ku jumpa gambarnya di sini. Konon2 Dress tu bj. Jd, padankan lah dgn kain. Jd bj ry.


Atau ciplak potongan jaket perempuan2 di bwh ke atas kain organza kosong dan padankan dgn kain belah selinsing depan ala2 kain batik.



W/pun rekaan jaket putih di atas jika di ciplak kelihatan spt makhluk asing ingin menumpang makan lemang, tp aku rs ia comel dan unik.

Dgn itu, aku berhasrat utk menyimpan idea2 diatas utk bj masa konvo nt.
Jgn Ciplak.
Ciplak, aku sepak.
Pak.
Pak.
Pak.
*Bunyi Sepak*

Cuti konvo apply seminggu. Tipu Bos aku konvo kat London.

Tuesday, September 2, 2008

yg luar biasa dan yg biasa2 aja

Kelampian aku menyebabkan aku tak dpt mentenet spjg cuti yg luar biasa.
luar biasa cuma kerana aku bercuti lebih sehari di hujung minggu.
tp tak mengapa, kerana cuti di isi dgn aktiviti kurang berfaedah dan menghabiskan beras cap Rambutan serta tak lupa juga aktiviti yg berfaedah utk tumbesaran aku spt makan dan tidur yang melebihi had kenyal.

Hr cuti pertama. Ambang merdeka. Tik Tok Tik Tok.
Perjumpaan semula dgn rkn sepenjenayahan dlm misi kenakalan dan kegosipan di UiTM dulu.
McSha Circle dan Sue Rectangle.
Syukur, langkah dimula dgn kaki kanan kerana McSha Circle belanja Domino's demi menebus dosa melupakan hari jd aku Julai lalu. hehehe.



what i wear: checkered dress and hairband

Sblm mengisi ruang perut yg besar kaki perseginya, kami nonton pilem. *Mrk mmg Kaki Wayang Era, aku ikutkan saja.* Filem Thai berjudul Ghost House hasil ciplakan filem Hide and Seek lakonan Dakota Faning dan De Niro. Jd jgn tertipu dgn judulnya kerana tiada Ghost pun yg menjd bintang utama dlm ini gambar. Bezanya cuma ada selingan adegan biru dr pelakon wanitanya yg montok walaupun muka berkedut spt bj kurung tak di seterika.

Filem ke-2 hr yg sama. Susuk. Montaj yg menarik dan artistik. tp persembahan pelakonnya tidak menjd. sofia jane diva melayu yg pelat. Aleeza kassim si diva yg kaku. dan Hairie othman lelaki dayus pendera isteri yg mmg tak pdn dgn ekspresi wajahnya yg cuma ada 1 iaitu DUNGU. mahap. The ending leaves us with question marks. oh. aku tak suka cerita byk flashback.

Bg mengisi masa lapang sblm temu janji seterusnya, kami berjalan2 cr nahas. Lalu nahas dijumpai apabila terserempak dgn pelakon pembantu Susuk. McSha Circle dan Sue Rectangle menyuntik smgt untuk aku tanya pd si pelakon tu kenapa ending Susuk macam Bodoh. Mrk tau ada kemungkinan aku akan tanya. tp sbb tak mahu kelihatan batak berjumpa artis aku lupakan niat itu. ego kena jaga babe. hehehe

Aku berhijrah pula ke Pavilion berjumpa Endah tak endah. Ya, nama beliau Endah. Minum2 di kaki lima di Pavilion tu sehingga countdown bermula. Mr. DJ memasang lagu Negaraku. Kami berdiri nyanyi sekuat hati dgn smgt waja walaupun tiada apa sgt yg nak diraikan merdeka kali ini memandangkan arena politik yg membawa disguise, embarassment dan disappointment di klgn rkyt serta dunia.

Tp cuti harus di isi oleh budak2 perempuan itu utk mabuk di bus stop sambil di papah rkn lelaki. mungkin beliau sudah selamat "dilaukkan" oleh rkn2 lelaki itu.
Masih lepak di situ kerana ada paluan gendang yg menarik perhatian yg lalu lalang. lalu beberapa tourist membawa payung dan membuat tarian payung ala2 Oompa Loompa di tgh kaki lima. semua bersorak. mrk gila.



Hr cuti kedua: Merdeka. biasa2 aja.

B'mlm di rumah Endah. Biasalah. berckp ttg apa sj, yg aku ingat politik adalah topik perbualan yg terakhir sblm tertido tepat jam 4 pg. Aku bgn kerana sejuk tepat jam 8.45 pg. selongkar rak majalah mrk dan mood bershopping sudah timbul. aku sabar menunggu Endah yg tak Endahkan aku yg dah lama bgn. boleh ajak dia bersama.
Kami ke BB lagi. Ya, tiada tmpt lain. I manage to purchase 1 pc of garment to complete a look.
mahu membeli sebuah ankle boot tp tak berdaya dgn tidur yg cuma 4 jam sj. aku perlu pulang to get proper shower and new underwear. hehehe.

Hr cuti ketiga: Puasa pertama. Belanja mrk buat aku rasa dewasa.

Mak suka bgn Sahur awal. Kancheong kitchen sudah kedengaran.aku terpaksa bgn walaupun jam baru 4.30 pg. haih. Lepas Ellen DeGeneres, solat dan smbg tidur.
Dikejutkan dgn hentakan pintu mak yg spt dikejar hantu nak bgtau kakak dah sampai. jd supir dan escort siap sedia. aku dan mak siap menjalankan tugas dlm keadaan tak mandi pg. apa ada hal. krn kami sentiasa kelihatan berseri walaupun dgn air liur basi. gen keturunan agaknya.hehehe.

Masa yg baik utk berbuka bersama keluarga. Ahli keluarga tak lengkap tanpa Abg Yazed tp ms bersama itu berharga.

Rgrds
Shadadoowapbedoop