Monday, June 22, 2009
rongga sempit seekor homosapien
Aku beri contoh Adam Lambert. Walau sehebat mana pun keupayaan vokal dia, biarpun dia boleh menyanyi sambil menggulung lidah sekalipun, sebab dia gay dia tak layak menang American Idol yang mana konsepnya adalah untuk mencari penyanyi hebat.
Takpun kalau kamu selalu balik lewat malam, ada pula jiran yang datang bertanya "Hari ni tak keje ke?" pada malam Sabtu. *agak2 kamu pekerjaan apa yang dia fikir aku buat malam Sabtu*
Pada aku apa saja tindakan yang aku ambil dalam hidup aku selalunya tidak berkaitan dengan kebahagiaan orang lain melainkan diri aku sendiri atau kadang kala kebahagian Cik Rosnah yang tersayang. Dengan itu aku tidak punya tanggungjawab untuk menjelaskan kepada mana2 homosapien pun kenapa aku taknak keluar hujung minggu lepas, sebab memang tiada sebab yang signifikan. aku cuma tak mahu keluar. noktah!
dan aku tak perlu jelaskan kepada sesiapa:
- kenapa aku memutuskan untuk membawa BMW tidak berbumbung ke tempat kerja.
- kenapa aku tak pernah cuba merokok.
- kenapa aku susah nak memberi komitmen kepada hubungan berlainan jenis.
- kenapa hidup aku sangat kurang benda yang harus difikirkan.
- kenapa kadang kala aku akan merayap di Kota seorang diri.
- kenapa aku suka order makanan yang orang tak biasa makan.
- kenapa aku gelak sangat kuat dan gah dan besar dan melampau
- dll
Saturday, April 25, 2009
Aku sangat taksub dengan kehidupan malam yang tak bawa aku ke mana2.
buat aku alpa seketika yang makna hidup lebih dari Hu-Hu Ha-Ha.
Aku punya misi untuk menaik taraf hidup aku secara menyeluruh.
aku mula dengan menyelit What I Wear untuk tatapan kalian.

Maaf.
Resolusi gambar agak miskin kerana cume melalui kornea N82 milik Miss D.
Saturday, February 28, 2009
Saturday, February 7, 2009
Ulang tahun 2009
Tuesday, September 16, 2008
Bila Dada Lebih Penting
Lambat keluar dr rumah pg td kerana melayan Fieda mengumpat setelah selesai melafazkan niat puasa.
Dr Kornea Aku, aku cuma menceritakan berita sensasi pd beliau. Di beri update agar tidak ketinggalan bas. Bukanlah mengumpat namanya. Biar Tuhan tentukan. Hmm..
Sepatu tinggi jd pilihan bijak aku tatkala sudah lambat keluar. Maka, terkedek2 la aku berjalan mengejar waktu yg semakin jauh tinggalkan aku.
Sampai ke destinasi, sepatu haram ni telah tersangkut pd wide legged pant aku di tangga bas. Bersilat aku di tangga tu. Nasib baik kaki pjg, maka sempat berpijak di bumi yg nyata.

What I wear: wide legged- high waisted pant. White Shirt. Black pumps. Black boleroKualiti kamera sgt miskin because i bust my camera on the floor. Sdg tukar lens. Mahap
Sampai di pejabat tepat pd waktunya. Memulakan tugasan yg berkehendakkan aku menyerahkan sesuatu pd rkn sepejabat lelaki Cina. Sampai di mejanya, aku cuma letakkan apa yg patut diserahkan lalu berlalu pergi. Beliau panggil semula, sambil bercakap kepada dada aku.
Terlalu awal utk Oompa Loompa aku berkerja bg mentafsirkan apa sbnrnya yg dilihat. Beliau sdg menyampaikan sesuatu yg agak penting kpd dada aku. Mungkin beliau cemas bercakap memandang muka, maka lebih selesa bercakap dgn dada. Tp aku pula yg cemas sehingga tgn kanan mula terasa ringan utk dihayun pantas ke atas pipi tembam beliau.
Pulang ke kubikel ku, pelbagai imejan berlegar dlm kotak minda. Terlintas karakter "Fei Mao" yg suka mengenjut2 bahunya dan terasa dirinya comel. Walaupun cacat begitu, beliau masih boleh berlaku pervert kepada perempuan yg diminatinya.
Rupa "Fei Mao" adalah serupa dgn sang lelaki yg bercakap dgn dada. Cuma beliau normal dan tidak mengenjut2kan bahu. Aku cuma mampu cuba untuk memahami bahawa secara faktanya lebih 90% dr 24 jam sehari lelaki memikirkan seks dan yg sewaktu dgnnya. Bak kata seorg teman "Tgk la smpai lebam, bukan luak pun."
Tp, malu sehh... Di tgh2 pejabat tu, tak tau la mata mana lg yg memandang. Mak kau tiada dada ke? Kau yg gemuk tu pasti juga ada dada. plg kurang saiz 32B kot.
Teringat 1 ksh dr teman rapat ttg bos lelakinya yg mengaku pd slh seorang pekerja perempuan beliau yg dia TERmimpi menodai perempuan itu sbyk 4 kali. Si pekerja cuma mampu senyum berlagak tenang pdhal dlm hati terasa jijik memikirkan si bos terfikirkan beliau ketika sdg *tuuut* scr beregu mahupun scr solo. haishhhh! jauhkanlah.....
Oh ya. aku tak rela dijajah oleh pengkhianat. Itu sja. Dan petikan di bwh is very well said by Tun M.
"Young Malays, including professionals are said to have espoused liberalism and meritocracy. They question the need for affirmative action and the New Economic Policy. They believe that the Malays should compete with the other races. If they fail then they do not deserve the dominant role in the politics of Malaysia. They should accept non-Malay leadership of the country.
Shadadoowapbedoop
Tuesday, September 2, 2008
yg luar biasa dan yg biasa2 aja
luar biasa cuma kerana aku bercuti lebih sehari di hujung minggu.
tp tak mengapa, kerana cuti di isi dgn aktiviti kurang berfaedah dan menghabiskan beras cap Rambutan serta tak lupa juga aktiviti yg berfaedah utk tumbesaran aku spt makan dan tidur yang melebihi had kenyal.
Hr cuti pertama. Ambang merdeka. Tik Tok Tik Tok.
Perjumpaan semula dgn rkn sepenjenayahan dlm misi kenakalan dan kegosipan di UiTM dulu.
McSha Circle dan Sue Rectangle.
Syukur, langkah dimula dgn kaki kanan kerana McSha Circle belanja Domino's demi menebus dosa melupakan hari jd aku Julai lalu. hehehe.
Sblm mengisi ruang perut yg besar kaki perseginya, kami nonton pilem. *Mrk mmg Kaki Wayang Era, aku ikutkan saja.* Filem Thai berjudul Ghost House hasil ciplakan filem Hide and Seek lakonan Dakota Faning dan De Niro. Jd jgn tertipu dgn judulnya kerana tiada Ghost pun yg menjd bintang utama dlm ini gambar. Bezanya cuma ada selingan adegan biru dr pelakon wanitanya yg montok walaupun muka berkedut spt bj kurung tak di seterika.
Filem ke-2 hr yg sama. Susuk. Montaj yg menarik dan artistik. tp persembahan pelakonnya tidak menjd. sofia jane diva melayu yg pelat. Aleeza kassim si diva yg kaku. dan Hairie othman lelaki dayus pendera isteri yg mmg tak pdn dgn ekspresi wajahnya yg cuma ada 1 iaitu DUNGU. mahap. The ending leaves us with question marks. oh. aku tak suka cerita byk flashback.
Bg mengisi masa lapang sblm temu janji seterusnya, kami berjalan2 cr nahas. Lalu nahas dijumpai apabila terserempak dgn pelakon pembantu Susuk. McSha Circle dan Sue Rectangle menyuntik smgt untuk aku tanya pd si pelakon tu kenapa ending Susuk macam Bodoh. Mrk tau ada kemungkinan aku akan tanya. tp sbb tak mahu kelihatan batak berjumpa artis aku lupakan niat itu. ego kena jaga babe. hehehe
Aku berhijrah pula ke Pavilion berjumpa Endah tak endah. Ya, nama beliau Endah. Minum2 di kaki lima di Pavilion tu sehingga countdown bermula. Mr. DJ memasang lagu Negaraku. Kami berdiri nyanyi sekuat hati dgn smgt waja walaupun tiada apa sgt yg nak diraikan merdeka kali ini memandangkan arena politik yg membawa disguise, embarassment dan disappointment di klgn rkyt serta dunia.


Tp cuti harus di isi oleh budak2 perempuan itu utk mabuk di bus stop sambil di papah rkn lelaki. mungkin beliau sudah selamat "dilaukkan" oleh rkn2 lelaki itu.
Masih lepak di situ kerana ada paluan gendang yg menarik perhatian yg lalu lalang. lalu beberapa tourist membawa payung dan membuat tarian payung ala2 Oompa Loompa di tgh kaki lima. semua bersorak. mrk gila.

Hr cuti kedua: Merdeka. biasa2 aja.
B'mlm di rumah Endah. Biasalah. berckp ttg apa sj, yg aku ingat politik adalah topik perbualan yg terakhir sblm tertido tepat jam 4 pg. Aku bgn kerana sejuk tepat jam 8.45 pg. selongkar rak majalah mrk dan mood bershopping sudah timbul. aku sabar menunggu Endah yg tak Endahkan aku yg dah lama bgn. boleh ajak dia bersama.
Kami ke BB lagi. Ya, tiada tmpt lain. I manage to purchase 1 pc of garment to complete a look.
mahu membeli sebuah ankle boot tp tak berdaya dgn tidur yg cuma 4 jam sj. aku perlu pulang to get proper shower and new underwear. hehehe.


Hr cuti ketiga: Puasa pertama. Belanja mrk buat aku rasa dewasa.
Mak suka bgn Sahur awal. Kancheong kitchen sudah kedengaran.aku terpaksa bgn walaupun jam baru 4.30 pg. haih. Lepas Ellen DeGeneres, solat dan smbg tidur.
Dikejutkan dgn hentakan pintu mak yg spt dikejar hantu nak bgtau kakak dah sampai. jd supir dan escort siap sedia. aku dan mak siap menjalankan tugas dlm keadaan tak mandi pg. apa ada hal. krn kami sentiasa kelihatan berseri walaupun dgn air liur basi. gen keturunan agaknya.hehehe.
Masa yg baik utk berbuka bersama keluarga. Ahli keluarga tak lengkap tanpa Abg Yazed tp ms bersama itu berharga.
Rgrds
Shadadoowapbedoop
Friday, August 22, 2008
politikus buat sampah. rakyat kene kutip.
sebab aku suke bace buku tapi tak suke simpan buku tuh.
atau dalam erti kate lain aku kedekut nak beli buku.
hohoho...


Aku slalu pikir Afghanistan tu negare mundur. kire macam dorg tade pape kemudahan yg kite ade kat sini r.
Aku leh pikir sampai ke tahap dorg tade bas ke. takpun dorg jln naik unta.
tapi sebenarnya kat sane ade universiti, ade shopping mall, ade library yg 2nd terbesar.
kire silap besar aku nye hipotesis.
Tu sume mase diorg bwh Soviets.
aku tak paham sgt la pasal politik dorg. lagipon agak complicated kalo aku nak citekan kat cni.
kang tekeluar la pulak name2 macam Mujahiddin la. Massoud la. Hekmatyar la.
Nak dijadikan citer, si penulis ni tinggal kat Kabul. The capital city. tgh die jalani hidup yg normal, 1 hari ni, abg de balik bawak berita yg panas untuk di zass oleh keluarge de.
Presiden Afghan kene gantung kat tanah lapang (ala2 dataran merdeka) dgn mulut dicucuh rokok dan disumbat dgn wang kertas sbb nak bgtau sume yg org tu tamak.
so bermula la kuase Taliban kat sane. Esok tu, Taliban lancarkan kanun untuk rakyat Afghan:
- pompuan takleh keje diluar rumah dan kuar umah mesti ditemani muhrim
- kenderaan awam segregated dgn bas utk pompuan dan bas utk laki
- laki2 mesti ade jambang dan takleh ade misai (hukum Sharia.)
- laki mesti pakai turban or white beret. takleh pakai suits n ties. kene pakai baju traditional Afghan (macam dipakai cik borhan di fac.hehe.)
- pompuan kene pakai burqa.bukan purdah tapi burqa. takleh pakai baju warne terang, takleh mekap
- sume org Islam kene semayang pada wakte yg ditetapkan kat mane saje dorg berade
Dan ini antara tragedi yg penulis kongsi dalam buku tuh:
- Lepas 4 bulan tak kuar umah sebab takut ngan Taliban, si penulis ni pon kuar umah nak amik angin jap dgn membe pompuan pakai burqa. baru selangkah dua kuar dr umah tibe2 sebuah van berenti bedekatan dgn dorg dan Taliban kuar bawak whip dan keje 2 lagi pompuan lain yg bejalan kat situ sehingga nampak titisan darah di jalan sebab pakai kasut putih yg mane putih tu warne bendera Taliban. si penulis dan rakannya panik dan lari lintang-pukang tak pandang belakang.
- Penuntut universiti dipanggil untuk mengemas bangunan fakulti mereka tp dikejutkan dgn sekujur mayat wanita yg bogel di paku di depan pintu dan dibelah dua ikut belahan pintu tersebut.
- Disebabkan pompuan takleh keje maka tade doktor pompuan. maka pompuan takleh dapatkan rawatan di hospital sebab doktor sume laki. mak penulis yg ngidap diabetes tepakse merentasi 4 kawalan ketat Taliban untuk sampai ke Pakistan bagi mendapatkan rawatan.
- Mak penulis bekas gynecologist , so ramai pompuan akan cube dapatkan rawatan dr de mase de sihat dulu. 1 malam umah die didatangi 3 org pompuan yg dikatakan telah dirogol secara beramai2 dalam rampasan kapal terbang di bandar lain di Afghanistan. wanita tu terpakse dijahit tanpa bius di kemaluan nya kerane kemaluannye rosak teruk.
- Ade juge rumors (sbb da tade newspaper maka dorg terpakse percaya rumors walaupun tak pasti kesahihan nye.) yg sorg makcik diupah utk mengetuk pintu mane2 rumah dan bile pintu dibuke akan memberi laluan bg Taliban menculik wanita utk dijadikan bini.
- Bekas guru sekolah rendah penulis buke sekolah rahsia utk anak2 jiran die kantoi dan dipukol lalu dicampak ke bawah sehingga patah riuk dan budak2 tu sume kene pukul.
Mungkin yang tak tau jd ignorance, sampai ade 1 hari ni mase aku gi uptown danau kota, lintas la depan org buta yg menyanyi kat situ. de benti jap dan meraba2 depan de. rupe2nye de cari tabung kutipan de untuk hari tu. sedih gile tgk de meraba2 tuh. tabung de da hilang. tak tau sape amik. yang amik tu mmg lagi teruk dr Taliban. At least, kebanyakan kanun Taliban berdasarkan Quran cume perlaksanaannya saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat ekstrem dan tak pasti same ada pengikut atau prinsip Taliban tu yang bercanggah dari konsep sebenar.
Rgrds,
ShadaDooWapBeDoop
P/s: cume mampu berdoa Malaysia aman tenteram sampai bila2. say no to war! Selamat sambut Merdeka!



