Monday, June 22, 2009

rongga sempit seekor homosapien

Aneh kan macam mana seekor homosapien boleh membuat tanggapan pertama terhadap seekor homosapien yang lain dgn brutal nya.

Aku beri contoh Adam Lambert. Walau sehebat mana pun keupayaan vokal dia, biarpun dia boleh menyanyi sambil menggulung lidah sekalipun, sebab dia gay dia tak layak menang American Idol yang mana konsepnya adalah untuk mencari penyanyi hebat.

Takpun kalau kamu selalu balik lewat malam, ada pula jiran yang datang bertanya "Hari ni tak keje ke?" pada malam Sabtu. *agak2 kamu pekerjaan apa yang dia fikir aku buat malam Sabtu*

Pada aku apa saja tindakan yang aku ambil dalam hidup aku selalunya tidak berkaitan dengan kebahagiaan orang lain melainkan diri aku sendiri atau kadang kala kebahagian Cik Rosnah yang tersayang. Dengan itu aku tidak punya tanggungjawab untuk menjelaskan kepada mana2 homosapien pun kenapa aku taknak keluar hujung minggu lepas, sebab memang tiada sebab yang signifikan. aku cuma tak mahu keluar. noktah!
dan aku tak perlu jelaskan kepada sesiapa:

  • kenapa aku memutuskan untuk membawa BMW tidak berbumbung ke tempat kerja.
  • kenapa aku tak pernah cuba merokok.
  • kenapa aku susah nak memberi komitmen kepada hubungan berlainan jenis.
  • kenapa hidup aku sangat kurang benda yang harus difikirkan.
  • kenapa kadang kala aku akan merayap di Kota seorang diri.
  • kenapa aku suka order makanan yang orang tak biasa makan.
  • kenapa aku gelak sangat kuat dan gah dan besar dan melampau
  • dll
Bak kata Ms. P: "Selagi ko tak bagi aku cekik, ko boleh gi m*****"



What I Wear: DIY Cut-Out Shirt, Skinny Pants, Fedora, Flip Flop and Kipas Cap Udang!

Regards
Shadadoowapbedoop

2 comments:

Dilla Y. said...

ak suke pic yg ni. hehhee
btw..
aku pun tak perlu menjelaskan kenapa aku rindu kau. hahha

zo said...

aku pun suka pic ko yg ni..nmpk cute..

p/s: u dont need to explain to others..asal ko tau jaga diri ko baik2 cukup..kwn2 semua kenal sapa ko yg sebenarnya..regardless of how others think bout u