Tuesday, January 27, 2009

nasihat dari nico

" Aku Nico nak bercerita,
Cerita Rapper muda di Kota"

Ingat lagi tak anda pada Nico?
Tak? Melayu mudah lupa.
Meh sini aku ingat kan.
http://www.youtube.com/watch?v=ydVE-RqxLdo&feature=channel_page

Aku (bukan Nico) nak bercerita yang aku memang amat elergi dengan manusia atau yang sewaktu dengannya yang mempunyai sifat2 berlagak dalam apa segi sekalipun. Berlagak pandai ke, Berlagak kaya ke, Berlagak baik ke, Berlagak cool ke.

Aku nak kongsi dengan kamu remarks yang pernah ditujukan kepada aku mahupun kepada orang lain berserta komen dan pemakian aku mengenainya:

1) "Cik Ton, amik lah t-shirt Welcome to Siam ni kasi anak ko, kalau nak bagi cucu aku memang tak pakai t-shirt macam ni. Diorg pakai baju branded aje...."

Komen/ Pemakian: Ini konsep, memberi sambil mengata. Alah memberi menang mengata.

2) "Kau tak payah la nak celen (challenge) aku punye biskut, aku belajar bayar $5000 tau."

Komen/ Pemakian: Makcik, biskut tu bila masuk perut kuar ikut bontot jadi TAAAAA?....IK... pandai...

3) "Bila kau dah senior, ko kena pakai jam Tag Heuer. Harga kena RM3000"

Komen/ Pemakian: WANNABE!!!

4) "Maar..Maar..hang tak rasa ka muka aku macam Rani Mukherjee? Takpun Ella?"

Komen/ Pemakian: Yang ini aku nak maki pun tak sampai hati.*gelak guling-guling*

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi demi menjaga sensitiviti org terdekat aku rasa aku simpan dalam hati saja.

Sebenarnya, berlagak ini cuma akan jelas menampakkan belangnya bila seseorang itu di peringkat awal merasa kesenangan. Malu untuk aku katakan ia lebih ketara di kalangan orang Melayu. Sampaikan pergi haji 3 kali pun nak pukul canang.

Sebagai makhluk yang humble dan kaya budi pekerti (seperti dinyatakan di entri yang lepas), aku cuma mampu senyum dan mengutuk di dalam hati atau mungkin mengumpat dengan kakak aku sebaik sahaja sampai di rumah.

Sejujurnya, kau cakaplah kat aku yang kau baru balik bercuti di Europe ke, beg LV kau harga RM2000 ke, sebesar kuman pun aku tak dengki. menyampah lagi ada.

Sekurang2nya aku ke bazar ramadhan tak pakai knee length boot dgn tudung ala Bienda.

"Mengapa kamu, mengapa kamu begitu" <----Backup voice lagu Nico.

2 comments:

Dilla Y. said...

"Maar..Maar..hang tak rasa ka muka aku macam Rani Mukherjee? Takpun Ella?"

tak boleh blah.
aku masih igt phrase tuh
hahahampeh.
huhu

btw slh ar lyrics nico tuh
"mengapa kamu, mengapa jadi begitu"
huhu.
"inilah nasibku"
(sambli buat muke berlagak hidung kembang)
*apa komen ko? haha

ShaDaDooWapBeDoop said...

komen aku:
ko boleh jadi ahli keempat nico.
bahahaha