Saturday, November 8, 2008

Evolusi kegemaran dan kebencian

Taste and preference seseorang manusia ber evolusi seiring dengan usianya. Dari muzik yang kita dengar sampai lah ke majalah yang kita baca. Masa aku sekolah dulu aku tak pernah miss beli Galaxie sampai kakak aku panas tengok bersusun-susun atas meja. Sebab aku suka Galaxie adalah kerana ada lirik lagu. Maklum saja lah dulu akses ke Internet agak payah.

Bila aku dah ke kolej, aku dah berduit (walaupun PTPTN, tapi alang2 dah pinjam gunakan saja untuk apa2 pun) mula membaca Cleo dan Cosmopolitan. Sebabnya, aku sudah mula suka pada fesyen, gaya dan trend ketika ini. Tambah pula rakan2 aku ada yang masuk halaman Make-Over dan laman2 iklan majalah ini. Disebabkan aku kepoh, jadi harus la aku beli.

Bila aku dah kerja, jarang2 sekali aku membeli majalah sebab selalunya aku cuma layari Internet dan blog2 fesyen yang aku link di blog aku ni. Sebab aku mengamalkan konsep yang sama dengan membaca buku. Aku suka baca tapi aku tak suka simpan sebab bilik aku kecil kaki perseginya. Baik aku beli buku pelajaran. Uiceh!

Tapi sejak aku ternampak OXYGEN di kedai runcit mamak di tempat kerja, rasanya aku dah ternoda lalu mengakibatkan pembaziran. (RM5 senaskhah. Ya, aku kemut al bakhil) Isk. Isk. Isk. Tambah lagi ketemu dengan NYLON yang selalunya aku lihat di Myspace sahaja. Tapi, memiliki senaskhah NYLON lebih memuaskan nafsu berbelanja aku.

OXYGEN: OCT / SEPT 08




NYLON: MAC 08


p/s: Seperti biasa nafsu vs. aku dalam pusingan ke- 1008, aku kalah.

Regards,
Shadadoowapbedoop

8 comments:

Dilla Y. said...

macam best jek mag tuh weii. pinjam satu!. hehe

ShaDaDooWapBeDoop said...

bleh.
yg OXYGEN tu di taja oleh arak.
patut ke aku rase bersalah?
hehehe

Dilla Y. said...

wahh!! ye kee?? hurmmm. aku pun tak taw. tpi magazine je kott
tape kott
huhu
kangen kangen kangen@@

ShaDaDooWapBeDoop said...

aku kangen juge.
weyh ko watpe lg on9 ni?
sile belaja okeyh?
noti btol.
babap kang!

Dilla Y. said...

huhuhu
sabtu nih family aku wat kenduri tahlil kat setapak
dtg la
boleh bergosipan.huhuhu

ShaDaDooWapBeDoop said...

ye?
umah kakak ko ke?
aku ade byk bende nak cite kat ko weyh.
tape ke org kenduri tahlil kite bercakap kat corner?
nanti mak ko perambat aku balik cane?

fazilah aziz said...

tahnye korg ni.ngumpat2 lak.tak penah insap.pelik aku la.

weh peminat galaxie gak ke?
ehe.welkem to the kelab.

Dilla Y. said...

ala..alang2 da jumpe tuh.lepas kenduri tahlil tuh bole je apa..ari tuh aku ngn budak2 nih mcm tuh jgak. hehe
g pon ko kan kesygn mak aku.huhuhu
dtg la yek shada.yek yek yek.aku pun adae byk bend nk cite kat ko.huhhu.kangennn..