Tuesday, July 7, 2009

Bila nama kamu dot dot dot

Bila kita menambah zuriat, adalah penting untuk zuriat itu di beri nama yang baik untuk kebahagiaan dia di masa hadapan. Kamu pasti ingat zaman sekolah rendah atau sekolah menengah bawah, pasti ada sahaja yang tak kena dengan nama seseorang tu.
Aku bagi contoh, kalau nama kamu Shikin, org akan ejek kamu Shikinzir= species mutant seekor swine. Kalau nama kamu Shadatul, tiba2 kamu dipanggil Dettol la, Shuttle la (sebab bila laju2, mereka cuma sebut Shatul). Itu belum lagi nama bapa kamu.

Aku beri beberapa contoh nama2 yang tak mahu diberikan pada anak kamu nanti.

1. Nama: Tan Bee Seng
Rasional: Bila anak kamu dalam kelas yang ditinggalkan tidak bercikgu, amat mustahil la kalau kelas tersebut duduk di tempat masing2 dan membaca. Lebih2 lagi sekolah rendah, tabiat tidur dalam kelas belum popular lagi, jadi masing2 pasti tengah main lawan pemadam, main tanah liat ke, atau main kejar2. Katakan la cikgu dari kelas sebelah masuk, dan bertanya:

"Siapa bising?"

Anak kamu akan berasa serba salah untuk tidak mengangkat tangan. Takpun budak2 kelas anak kamu akan mendajal anak kamu sambil ramai2 berkata:

"Tan bising!"
"Tan bising!"
"Tan bising!"

2. Nama: L**** a/k Loser
Rasional: Agak jelas di sini, tidak kisah la berapa kali pun anak kamu menang apa2 pertandingan, anak kamu akan sentiasa di label "anak loser".Kalau sekolah tu baik sikit, mungkin mereka akan berkata "Semua org pemenang, tiada yang pengalah". Salahkan bapa kamu dalam kes ini dan sebelum berkahwin, sila tukar nama kamu kepada nama yang lebih bermotivasi seperti Winner ke, Success ke, Courage ke.

3. Nama: Kogilah a/p R*****
Rasional: Miss Pika kata, kalau kita cakap satu kenyataan yang kosong seperti "Pika Gila", sebanyak lebih dari 40 kali, ia akan bertukar menjadi doa. Jadi, kalau nama anak kamu adalah seperti di atas, seumur hidup dia orang doakan dia jadi gila. Lebih buruk lagi jika seseorang itu mahu memastikan nama anak kamu. Beliau pasti akan bertanya:

"Kogilah ke?"-----> "Ko gila ke?"

Jadi, amatlah penting untuk memberikan nama yang terbaik kepada anak kamu. Jadilah ibu bapa yang prihatin.

**Nama2 di atas adalah nama sebenar yang aku jumpa di dalam senarai nama sekumpulan manusia.

4 comments:

zo said...

serius..ko jumpa nama org kogilah ke

shadadoo said...

ye weyh.
siap no ic lagi.
nak?

ah myra said...

hahaha.. ko salin ke no ic die..? ;D

aku penah dgr cite cikgu tusyen aku..
ade sorang minah sarawak..
nama die 'alatsulitwanita' camne ejaan die aku xpasti la plak..

zo said...

hehe..ok aku caya kat ko..