Monday, January 17, 2011

Bila yang betul itu (blank)

Masa untuk menyingkap konflik dalam diri.
Masa seperti ni selalunya cuma datang setahun sekali je dalam hidup aku,
Tapi sejak kebelakangan ni, banyak kali pula dia adakan PTS (Penilaian Tentang Self-Esteem).
Kalau lulus boleh langkau tahap wisdom dan kematangan. Mari ulangkaji dari bahan2 luar. 


Status aku di FB pagi ni:

“apa yang betul, bila semua org anggap dirinya betul? pagi ni, ada org beritahu selalu fikir baik pasal org, jgn bersangka buruk. Sebab ultimately, ada sebab kenapa seseorang berbuat sesuatu. Jika tanya diri sendiri, jahat ke tak, apa kau jawab?

Terdetik di hati bila ramai di dalam komuniti aku mengkritik tindakan orang, dan aku tak ketinggalan ikut sekapal. Motivasi di Selamat Pagi Malaysia di RTM1 (sebab abang aku lupa bayar Astro) pagi ni perdebatkan tentang bagaimana nak serlahkan kehebatan diri kamu. Di situ “Cikgu” (gelaran penceramah tu), menyebut, betapa kita patut mulakan hari dengan aura positive, selalu bersangka baik tentang orang. Jangan mudah perlekehkan kehebatan orang. Setiap individu ada definisi hebatnya sendiri.

Bukan terletak di bahu aku untuk tentukan apa yang baik dan apa yang betul, tindakan kau matang atau kebudak-budakan, kau perempuan baik, atau jahat. Bukan tugas aku untuk betulkan kesilapan kau, untuk beritahu yang kau jahat atau tidak. Bukan terserah pada aku untuk beritahu apa yang layak kau terima dan apa yang tidak.

Sebab sama ada tindakan kau betul atau tidak, hanya kau yang boleh kelaskan. Sikit pun kau mengaku kau silap bukan aku yang perlu mengiyakan kesilapan kau, sebab ultimately, kau cuma manusia biasa, ada lebih dan ada kurangnya.

Satu lagi ceramah aku dengar semalam tajuk “Cemburu”. Tanyalah Ustaz TV9.
Kata ustaz tu, kenapa ramai sahabat Nabi dianggap mulia walaupun mereka juga berbuat silap. Sebab mereka cepat tersedar dari kesilapan. Dan-dan tu gak mereka insaf, minta maaf, dan selesaikan perbalahan. Kita pula, nak kena merajuk dulu, tunjuk protes, provoke dulu, sampai puas hati, baru selesai perbalahan. Kita tak sedar yang sebenarnya kita ni makhluk yang sentiasa memerlukan pertolongan Dia.

Ustaz tu cakap, pernah sekali, isteri Rasulullah menepis pinggan makanan yang dihulur Rasulullah SAW kerana cemburu akan isterinya yang satu lagi, sebab makanan tu dimasak oleh isteri beliau yang memang pandai masak. Isteri beliau sedar kesilapannya dan-dan tu jugak, terus minta maaf, Rasulullah SAW cuma suruh ganti pinggan tu, dan masak masakan baru dan kemas sepah2 tu.

Kau bayangkan apa jadi kalau kita dalam situasi tu, mau si isteri kena tampar pastu lari umah mak bapak. Pastu lebih keruh minta cerai.
Mungkin kerana hidup zaman Rasulullah mudah. Mungkin bagi beliau, tak perlu nak bebel panjang sebab si isteri sendiri dah tahu yang apa dia buat tu salah. Tapi, tak menjadikan beliau seorang yang betul, tak perlu nak dibuktikan apa2 lagi. Yang mudah biarlah diselesaikan dengan mudah. Yang payah, biarlah diselesaikan dengan sabar.

Entry kebelakangan ni tiada suntikan humor la…Am I turning into a boring person?
Ok.ok.ok.
Janji lepas ni, seserius mana pun topic yang nak dibincangkan, harus ada suntikan humor, untuk kekalkan sentimen Shadadoowapbedoop.

No comments: