Thursday, July 12, 2012

18 wolves

Di tempat kerja saya bergerak dalam satu "wolf pack" yang takkan boleh terima ahli "wolf pack" lain untuk turut serta. Kalau mereka insist, kami akan panggil dia PetPet. 

Kawan datin saya sudah resign.

Beliau anggap saya "The Rock".  
I've seen her cry, we can share everything and she always been there for me all the time. Kira kami kawan "cium mulut" la. *Literally, she lost a bet and were asked to cium my mulut. 

Kawan pondan saya sudah resign.

Dia ada talent yang amat bagus yang mana beliau mampu twist apa-apa saja ayat penyata menjadi ayat yang lucu kerana yang "kotor" dan "keji" itu pasti lucu. 

Kawan Cina yang paling Melayu saya juga akan resign

Dia punya sifat ingin tahu yang paling tinggi pernah saya tengok dalam diri seorang Cina. Lagi-lagi pasal ayat pasar budak Melayu-urban atau dia boleh make-up the weirdest situation untuk menhalalkan yang haram atau mengaharamkan lagi yang haram dalam Islam. Jadi, anda boleh bayangkan berapa banyak soalan dia tanya satu hari. 

Apa yang tinggal dalam  "wolf pack" kami?

Cuma 7 lagi "wolves".



No comments: