Thursday, December 13, 2012

Masalah buta deria

Masa tua kita akan tiba. Selepas penat bersusah payah meneruskan hidup sehingga ke usia tua, apa yang anda mahu cuma berhenti berusaha. Bukan lah berhenti berusaha untuk teruskan hidup, tetapi berhenti berusaha sedaya upaya. 

Bila kita tua, apa yang kita mahu cuma to sit back and oversee and probably a guarantee to be taken care of. Wah, macam penjual polisi insurans pula. Anyways, bukankah itu yang kita mahu?

Jadi, jika kamu homosapien yang mengerti, kenapa anda seperti buta deria melihat jerit payah ibu bapa kamu di usia tua mereka. Mungkin kamu kini masih belajar, tidak lagi punya sekuriti untuk memastikan ibu bapa tak perlu bersusah lagi as a matter of fact, tidak perlu buat apa langsung untuk kebaikan hidup kamu. Tapi wang bukan semua jawapan, tenaga juga dah memadai. Kemas rumah sebagai contoh.

Hidup perlu ada evolusi, tak boleh di tahap yang sama setiap kali hari jadi. Jadi setiap kali meniup lilin, kamu berpuas hati. Tahun ini, kamu mendapat haid, di hari jadi terasa dewasa. Tahun depan kamu dah pandai masak sambal sardin, di hari jadi terasa macam dah layak nak kahwin. 

Jadi ketahuilah bahawa "liking" every single thing that you can like on FB will not lead you to a better life. Get off that chair and take a look around you. Mulakan dengan mangangkat penyapu atau kutip sampah sarap dan sisa makan yang dah berhari di atas meja makan. Jangan butakan deria. Nanti buta betul-betul baru tahu.

No comments: