Thursday, December 13, 2012

Pembuktian yang malar

Perasan tak kalian terkadang kita akan cuba membuktikan sesuatu kepada sebuah crowd yang jarang kita jumpa. Sebagai contoh bila kita reunite dengan kawan2 lama. Yang aku perasan, gegirl-gegirl yang aku kenal dulu lain betul dengan wanita2 yang depan mata. Ada yang masih sama. Ada yang makin better. Ada yang makin entah apa2.
Apa ke masalah dengan kau budak UiTM yang selalu bersadai kat Hakim tiba2 nampak kekok makan di warung?
Apa ke masalah kau budak UiTM tiba2 adopt slanga entah negara mana dengan penekanan pada huruf "R". Belum pernah dengar Shah Alam turun salji.

Aku perasan ada jenis manusia yang suka perkatakan/ memperlagakkan sesuatu yang boleh membuktikan mereka sesuatu yang lebih bermakna. At least meaningful in their book. Contoh, motif bos aku ada slanga UK berabuk penekanan pada huruf "R" bagai, sekali dibawa makan masakan minang bukan main "uhmmm...uhmm...sedapnya". Setengah orang mungkin merasakan ini salah satu cara untuk blend in the crowd. Tapi kalau dah Junior aku nak speaking penekanan pada huruf "R" dengan aku apa ke masalah dia pulak?

Entah la. Yang aku pasti menjadi aku pernah juga memalukan aku. Tapi selalu juga membanggakan aku. Yang paling penting menggembirakan aku. Dada jadi lapang kerana tidak takut terkeluar warna sebenar. Sebab yang kau nampak itu aku. Bukan aku yang berangan tinggal di New York atau aku yang berangan berada dalam Gossip Girl/ Gol&Gincu atau filem2 yang menyebut futsal=futsol, mother=madrè.

No comments: