Wednesday, September 4, 2013

Hipokrasi pergi jauh

Aku diherdik untuk mencari ikhlas. Ikhlas tak kan mari begitu, cik kak. Aku tak letak diri aku lebih mulia. Aku cuma penat. Penat dengan kau.kau.dan lebih lebih lagi kau.

Mungkin kau fikir aku ego. Tapi aku tak suka bila TLC yang aku beri, kate caci maki yang kau kasi. Jangan cakap aku buang kau, kalau kau yang pergi. Pergi macam pengecut. Takut bersemuka lepas semua dah kau rosakkan.

Aku maafkan. Tapi aku TAKKAN boleh lupakan. Aku kini cuma bencher. Buat la ikut suka. Dah takde rasa pada kau.kau. dan lebih lebih lagi kau.

Tuesday, June 25, 2013

Krisis Hujung Usia

Jika bagi mereka yang verangan2 tak terima kenyataan nak masuk ke usia 40 an, kita panggil Krisis pertengahan usia. Yang ini lebih kronik. Lebih buruk ghopenye.

Boleh dilihat dikalangan mereka yang berada di pusat poco-poco, karaoke terbuka yang sentiasa open the floor untuk lagu2 60an. Jika budak2 bercinta itu menjelakkan mata, yang dihujung usia pula beri perasaan loya. Loya bukan kerana apa, mereka pantas menggelapkan latar belakang hidup mereka dan cuma nampak adinda/kekanda yang dicinta.

Itu kalau yang bercinta, ada pula yang jenis dahagakan perhatian. Tak mahu kalah perhatian dengan anak menantu. Yang dia cuma ingat sakit pening, sedih dan penat dia sahaja. Disebabkan pesakit selalunya berada di hujung usia, mereka ni selalunya terdiri daripada mak bapak kita juga. Jadi bila ditegur, mereka kerap menggunakan kad "aku-mak-ko, ke-neraka-ko-nanti"

Mangsa bukan sahaja dikalangan menantu, malah darah daging sendiri pun kena lagi teruk. Aku tak berani nak cakap lebih. Sebab kita semua bakal sampai ke hujung usia. Kita tak dapat janji macam mana reaksi kita bila krisis begini menjelma.

Tapi apa yang pasti, sebagai mangsa aku tau perasaannya bila kita let emotion rules. Ilmu agama pasti banyak membantu untuk menangkis krisis ni, yang sah2la didorong oleh syaitoooonnn....tapi, kalau setakat ke ke kelas agama, cuma pada nama, dan cuma menangkap pesanan secara selektif, takde maknanye juga.

Serupa macam kita solat cuma kerana kita mahu berdoa dihujungnya. Ikhlasnya dipersoalkan. Allah dah mencipta kita, maka asas solat adalah untuk membalas jasaNya atas peluang hidup di bumi yang juga ciptaanNya. Ucap syukur untuk semua yang Dia pinjamkan. Ya, apa pun usia kamu, banyak benda dalam hidup kamu, yang boleh dipanjatkan syukur, sebelum kamu memohon kehendak lain dari Pencipta mu.

Manusia perlu berlaku adil sesama manusia, tak kira apa pun darjat dan dimana kamu dalam hierarchy keluarga. Jika kamu mahu dihormati, hormati juga perasaan orang lain.

Thursday, April 25, 2013

Attention seeker needs a lil love

Bila aku datang dari keluarga yang boleh dikatakan tidak begitu penyayang, aku menjadi immune bila tidak dipedulikan.

Sejak sekolah, rasanya tiada siapa yang peduli akan pencapaian aku selain Abah. Abah dah pergi lama dulu. Mak memang Mak. Tak perlu aku jelaskan. Jadi aku seperti diajar untuk tidak mengharapkan apa2 perhatian, reaksi atau respons positif dari keluarga sendiri sama ada bila aku dapat masuk universiti, sama ada bila aku berkahwin atau transisi hidup yang maksimus, yang major, yang penting.

Now that i'm pregnant and it's becoming so surreal each and every month, i don't see any of my family member called and ask how i'm coping with my pregnancy. Is it a girl or a boy. Nobody seems to be interested. My hormone demands that i guess. The non hormonal me do not need any of it. Do I have to beg for your attention now?

Coz I remember when it was your time, i travel a mile to give my love, care and tenderness to my nieces and nephew. Love them unconditionally.

Mungkin saya cuma perlu sabar dan syukur untuk kehadiran Abang Sasa yang saya sayang. Alhamdulillah.

Wednesday, April 24, 2013

Peranan Kini Bertukar

Dulu aku akan makan setakat merasa.
Kini aku ada perasaan nak habiskan makanan dia juga.

Dia bukan lagi Alam Flora aku. Aku kini Alam Flora dia.

Thursday, December 13, 2012

Pembuktian yang malar

Perasan tak kalian terkadang kita akan cuba membuktikan sesuatu kepada sebuah crowd yang jarang kita jumpa. Sebagai contoh bila kita reunite dengan kawan2 lama. Yang aku perasan, gegirl-gegirl yang aku kenal dulu lain betul dengan wanita2 yang depan mata. Ada yang masih sama. Ada yang makin better. Ada yang makin entah apa2.
Apa ke masalah dengan kau budak UiTM yang selalu bersadai kat Hakim tiba2 nampak kekok makan di warung?
Apa ke masalah kau budak UiTM tiba2 adopt slanga entah negara mana dengan penekanan pada huruf "R". Belum pernah dengar Shah Alam turun salji.

Aku perasan ada jenis manusia yang suka perkatakan/ memperlagakkan sesuatu yang boleh membuktikan mereka sesuatu yang lebih bermakna. At least meaningful in their book. Contoh, motif bos aku ada slanga UK berabuk penekanan pada huruf "R" bagai, sekali dibawa makan masakan minang bukan main "uhmmm...uhmm...sedapnya". Setengah orang mungkin merasakan ini salah satu cara untuk blend in the crowd. Tapi kalau dah Junior aku nak speaking penekanan pada huruf "R" dengan aku apa ke masalah dia pulak?

Entah la. Yang aku pasti menjadi aku pernah juga memalukan aku. Tapi selalu juga membanggakan aku. Yang paling penting menggembirakan aku. Dada jadi lapang kerana tidak takut terkeluar warna sebenar. Sebab yang kau nampak itu aku. Bukan aku yang berangan tinggal di New York atau aku yang berangan berada dalam Gossip Girl/ Gol&Gincu atau filem2 yang menyebut futsal=futsol, mother=madrè.

Masalah buta deria

Masa tua kita akan tiba. Selepas penat bersusah payah meneruskan hidup sehingga ke usia tua, apa yang anda mahu cuma berhenti berusaha. Bukan lah berhenti berusaha untuk teruskan hidup, tetapi berhenti berusaha sedaya upaya. 

Bila kita tua, apa yang kita mahu cuma to sit back and oversee and probably a guarantee to be taken care of. Wah, macam penjual polisi insurans pula. Anyways, bukankah itu yang kita mahu?

Jadi, jika kamu homosapien yang mengerti, kenapa anda seperti buta deria melihat jerit payah ibu bapa kamu di usia tua mereka. Mungkin kamu kini masih belajar, tidak lagi punya sekuriti untuk memastikan ibu bapa tak perlu bersusah lagi as a matter of fact, tidak perlu buat apa langsung untuk kebaikan hidup kamu. Tapi wang bukan semua jawapan, tenaga juga dah memadai. Kemas rumah sebagai contoh.

Hidup perlu ada evolusi, tak boleh di tahap yang sama setiap kali hari jadi. Jadi setiap kali meniup lilin, kamu berpuas hati. Tahun ini, kamu mendapat haid, di hari jadi terasa dewasa. Tahun depan kamu dah pandai masak sambal sardin, di hari jadi terasa macam dah layak nak kahwin. 

Jadi ketahuilah bahawa "liking" every single thing that you can like on FB will not lead you to a better life. Get off that chair and take a look around you. Mulakan dengan mangangkat penyapu atau kutip sampah sarap dan sisa makan yang dah berhari di atas meja makan. Jangan butakan deria. Nanti buta betul-betul baru tahu.

Thursday, October 4, 2012

Bangun

Kau cuba.
Kau gagal.
Kau cuba lagi.
Jangan berhenti.

Usaha dan doa. InsyaAllah ada hasilnya.